Friday, December 4, 2009

TO ALL MUSLIM BROTHERS





Risalah nie saya dapat dari kwn2 facebook..
Saya fikir risalah ne patut disebarkan agar umat Islam tahu dan sedar tentangnya..
Fikir-fikirkanla..


Kelahiran Bayi Menyerupai Ular



SUBHANALLAH..MAHA SUCI ALLAH..
ALLAH MAHA BERKUASA..MAKHLUK TIADA KUASA..
"
"
Bayi ini dilahirkan di Hospital Makkah..
Bayi ini menyerupai seekor ular yang pelik..
Bayi ini adalah bayi perempuan..
"
"
Kisah disebalik kejadiannya:-
Seorang ibu yang tidak bersyukur kerana mendapat seorang anak perempuan..
Pada satu hari si ibu pergi ke hospital untuk memastikan jantina bayi yang akan dilahirkannya..
Hasil dari scan yang dilakukan dia mendapati anak yang bakal dilahirkannya adalah anak perempuan sedangkan dia menginginkan anak lelaki..
Dia berasa marah dan tidak bersyukur atas kurniaanNya
Kembalinya dia ke rumah dengan perasaan sedih dan kecewa.
Tiba-tiba..jirannya bertanyakan keputusan tersebut "dapat anak apa?"
(lebih kurang mcmni la..)
Tp dia jawab dalam keadaan marah.."ANAK ULAR!!!"
Astaghfirullah hal azim..
Lahir saja budak tu btul2 jadi ular..tp pelik sgt..

P/S: Saya bukan nk perburukkan si ibu ataupun anak ini tp sy nk smua orang ambil pgjrn atas kisah ini..kata-kata seorang ibu memang cepat dimakbulkan..oleh itu, janganlah cakap benda buruk dengan anak-anak..sy nasihat utk diri sy juga. Wassalam..


NILAI CINTA DALAM AL-QURAN


Al-Quran merupakan Kalam Allah dan merupakan mukjizat yang teragung yang diwahyukan kepada junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W dan merupakan kitab yang paling lengkap diturunkan untuk umat Islam serta menjadi nur panduan seluruh alam waima alam jin sekalipun.


Al-Quran adalah ibarat panduan, penunjuk arah dan tatacara kehidupan manusia selaras dengan peranan yang diamanahkan oleh Allah iaitu menjadi khalifah di muka bumi dan menjadi seorang hamba yang hanya menurut perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Tanpa al-Quran adalah mustahil bagi kita untuk meniti setiap perjalanan dunia yang penuh onar dan kekeliruan. Al-Quran adalah penunjuk bagi orang yang beriman dan tiada keraguan tentangnya.


Kebenaran al-Quran tidak boleh disangkalkan lagi kerana telah dibuktikan oleh kajian Sains ulama’-ulama’ silam serta kajian sains moden sekarang yang masih relevan sejak zaman ia diturunkan sehinnga hari Qiamat. Allah telah berjanji akan menjaga kesucian Al-quran.


Tetapi alangkah malangnya pada masa sekarang masyarakat khususnya remaja telah jauh daripada al-Quran. Al-Quran telah diasingkan dalam urusan hidup, al-Quran sudah tidak dibacakan dengan lunak suara yang merdu, al-Quran hanya menjadi perhiasan di rumah dan ada yang lebih teruk lagi al-Quran telah dibakar, dikoyak dan dipijak-pijak serta dihina.


Oleh itu, penurunan dan setiap isi al-Quran hendaklah dihayati supaya kejahilan diatas tidak berlaku. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kita pada hari akhirat dengan keberkatan Al-Quran. Amin.

RABIULAWAL


CINTA RASUL


TANGGAL 12 Rabiulawal pada tahun Gajah, tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang disambut dengan tasbih dan tahmid memuji kebesaran Allah s.w.t. oleh seisi alam semesta sebagai tanda gembira.


Dalam memperingati hari kelahiran Baginda s.a.w, umat Islam di seluruh dunia tanpa mengira warna kulit dan bangsa turut menyatakan kesyukuran dengan melahirkan kegembiraan tatkala meraikan bulan kelahiran Rasulullah ini.


Perayaan ini disambut bagi mengingatkan peri pentingnya menjaga semangat keislaman dan kecintaan pada Nabi agar dapat terpelihara dan kukuh dalam sanubari umat Islam di bawah tekanan modenisasi dan propaganda sekularisme.
Sebenarnya perayaan Maulidur Rasul adalah hal yang amat digalakkan sebagai wadah bagi melahirkan kecintaan kepada baginda Nabi Muhammad. Mengapa kita wajib mencintai Rasulullah? Kerana baginda sememangnya wajar untuk dicintai. Hal ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmannya yang bermaksud:


Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itu teman yang sebaik-baiknya – (surah an-Nisa’: ayat 69).


Justeru, mencintai Rasulullah menjadi suatu keharusan dalam konteks iman. Ia menjadi prinsip, bukan pilihan suka atau tidak suka. Seorang Muslim perlu menyimpan rasa cinta kepada Nabinya, seberapa kecil sekalipun. Idealnya, mencintai Rasulullah lebih daripada segala sesuatu yang dia miliki, bahkan dirinya sekalipun. Dan itulah pada hakikatnya iman yang paling sempurna. Sabda Nabi yang bermaksud: Tidak beriman seseorang sehingga aku (Nabi) lebih dia cintai daripada dirinya sendiri.


Meskipun begitu, terdapat juga beberapa mazhab yang menentang adanya perayaan serupa itu. Salah satu mazhab yang menentang perayaan Maulidur Rasul itu adalah kaum Kharaji di Oman. Namun para fukaha besar seperti Ibnu Hajar, al-Nawawi, al-Syaukani serta para ulama ortodoks lainnya dalam karya-karya mereka menegaskan bahawa perlunya perayaan Maulidur Rasul disambut oleh setiap orang Muslim.


Ketika Allah mewajibkan umat manusia untuk mencintai Nabi Muhammad , arahan tersebut jelas bukan satu perintah tanpa tujuan. Namun begitu, tujuan tersebut juga bukan sesuatu yang kepentingannya akan kembali kepada Allah atau Rasul-Nya. Dengan demikian, mencintai Rasulullah adalah satu perintah yang manfaatnya semata-mata untuk kepentingan manusia itu sendiri.


Kita memohon kepada Allah agar mengukuhkan keberadaan dan perjalanan hidup kita di jalan Rasulullah, menjadikan kita sebagai pengikut setia baginda, memberi kita kesempatan untuk meneguk air telaga kasihnya dan menghimpunkan kita di bawah panji kemuliaannya.


Justeru, perayaan Maulidur Rasul yang disambut saban tahun adalah di antara tanda kasih sayang dan rasa terima kasih kita terhadap Rasulullah. Selawat dan salam untuk baginda yang menyuluh jalan kita dengan syafaatnya. Salam Maulidur Rasul...


Oleh :
Mohd Shauki Abd. Majid & Rosman Md Shah
UTUSAN. 14/04/2006

PERFECT APRIL FOOL’S DAY


MERAYAKAN YANG BUKAN HAK KITA


Sebagai umat yang mengaku beragama Islam, kita mempunyai hak untuk merayakan hari-hari besar yang kita miliki yang termaktub dalam kitab dan yang disepakati oleh para ulamak. Bermula dari satu Muharram yang merupakan tahun bersejarah kerana Hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah. Kemudian 12 Rabiulawal hari kelahiran Rasulullah, Rejab peritiwa Israk & Mikraj, Syaaban dengan Nisfu Syaabannya, sehinggalah bulan Zulhijjah ada saja hari besar yang boleh kita raikan.


Persoalannya mengapa hari ini umat Islam terutamanya generasi muda tidak ambil peduli hari-hari besar Islam ini. Remaja Islam kita lebih menunggu kehadiran 1 Januari untuk bersukaria. Kemudian pula menanti 14 Februari untuk merayakan hari yang disebut “Valentine Day”, selepas itu bergurau senda dan mengenakan rakan- rakan pada 1 April yang disebut “April fool”. Sedangkan kita sering diberitahu disetiap ketika hampirnya hari-hari tersebut agar jangan merayakan sambutan hari-hari berkenaan kerana ianya bercanggah dan tidak ada kena mengena dengan agama Islam.


Penganiayaan, tipu helah, gurau senda melebihi batasan dan pembohongan menjadi mainan pula pada “April fool” yang sehingga kita tiada hak untuk menunjukkan kemarahan apabila diri dihina atau ditipu pada hari itu. Sedangkan di dalam Islam yang cukup indah melarang sama sekali untuk menipu, berbohong dan menjatuhkan maruah orang lain. Kenapa pula pada “April fool” dibenarkan dan dihalalkan? Siapakah yang mengajar semua ini?


Sumber :-www.geocities.com/pilgm/harikhurafat.htm


Tidak ada dalam sejarah agama kita yang menunjukkan bahawa budaya-budaya songsang yang dinyatakan di atas tadi diperkenalkan oleh mereka yang asalnya dari orang Islam sebaliknya budaya kotor ini diperkenalkan kepada kita oleh masyarakat lain yang tidak beragama Islam. Merayakan tahun baru masehi dibuat oleh masyarakat Kristian beratus tahun yang lalu sebelum budaya ini merebak sampai kepada pengetahuan umat Islam. Apabila umat Islam diperkenalkan dengan budaya ini, kita terus sahaja menerima segala perlakuan dan tatacara kaedah merayakannya tanpa tapisan menyahkan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam sambutan itu. Kita menerima bulat-bulat tanpa pengubahsuaian agar ianya tidak bercanggah dengan kehendak agama.

KELEBIHAN MUHARRAM



MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.


Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan." 

Peristiwa-peristiwa penting:

a) 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

b) 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.


Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1)  Berpuasa. 

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. 

Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2)  Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3)  Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3x

4)  Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x

KEPENTINGAN TAHAJJUD


Solat lima waktu adalah solat orang-orang mukmin dan solat tahajjud adalah solat orang-orang soleh. Menurut satu hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Jika tidak kerana memberatkan umatku, nescaya aku wajibkan Tahajjud ke atas mereka”.


Kelebihannya:

Jika dilakukan solat tahajjud ini dengan cara istiqamah maka Allah s.w.t. memberikan tiga ganjaran:
1. Mendapat lidah yang berhikmah
2. Dingkat ke darjat wali
3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut


• Doa-doa diperkenankan.
• Dua rakaat tahajjud lebih baik daripada dunia dan seisinya.
• Allah s.w.t. akan tunjukkan mahligai di syurga semasa sakaratul maut.
• Mendapat lampu atau cahaya di dalam kubur.
• Diberi naik kuda emas di akhirat nanti bagi suami isteri yang membangunkan antara satu sama lain untuk tahajjud.
• Dekatkan kita pada Allah s.w.t. dan jauhi kita daripada membuat dosa.


Cara untuk memudahkan bangun tahajjud:

• Istiqamah dengan membaca 3 ayat terakhir dari surah Al-Kahfi (107-110) sebelum tidur.
• Jangan membuat dosa atau bercakap sia-sia, sewajarnya selalu takut pada Allah s.w.t..
• Hendaklah tahu kelebihan supaya ghairah untuk beramal.
• Sunat tidur selepas zuhur dengan niat hendak bangun tahajjud.
• Niat untuk bangun tahajjud sebelum tidur.