Thursday, March 25, 2010

Lamanya tak berBLOG


Huh...sudah agak lama rasanya x berBLOG...
Maklumla da last sem kat UMS..bz sgt2..
Mana nk urus tempat praktikal lagi..asigmen..present..
Uuhhh..bley jdi gila rasanya kalo camni terus..
Nway, skrg cool sdkit sbb da kurg keja nk buat..

Rindunya...
Rindu dgn smua org yg ku sayangi....
Smuanya b'jauhan dariku..
Pa pun ku slalu b'doa utk kamu smua..
Smoga berbahagia slalu..
Kenang daku dlm doamu..

Sunday, January 10, 2010

KHASIAT-KHASIAT MAKANAN UNTUK BADAN


1. Khasiat daging arnab
    Jika dibakar;-

    - Melawaskan kencing.
    - Dapat mengubati penyakit rentak pada kemaluan.
    - Dapat mengemaskan perut yang gendut.



    2. Khasiat buah tamar
        - Menambahkan kesihatan hati, mengandungi protien yang banyak dan berkhasiat yang tinggi.
        - Jika dimasak dan dicampurkn dengan susu kambing atau susu lembu asli yang segar dapat  mengubati penyakit medu (gastrik).
        - Menguatkan tenaga zahir dan batin.
        - Boleh melicinkan tekak.



      3. Khasiat beras
          - Jika dimasak dengan dimasukkan susu lembu asli, boleh menguningkan kulit badan.


        4. Khasiat bawang besar
            - Membuka selera makan.
            - Menguatkan usus-usus dan membersihkannya.
            - Mencantikkan warna kulit.
            - Membuang kahak.

              **Jika dimakan dengan mentah jangan berlebihan kerana boleh mendatangkan kesan yang tidak baik.


          5. Khasiat bawang merah
              - Membuka selera makan.
              - Melicinkan pernafasan.
              - Menghadamkan makanan.
              - Menghilangkan rasa dahaga.
              - Memanaskan badan dan membuang kahak.
              - Menghilangkan rasa pitam jika dicium baunya setelah dipotong.



            6. Khasiat halia
                - Membantu menghadamkan makanan.
                - Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
                - Membuang angin yg terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
                - Membuang kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur   dengan sedikit gula yang diminum dengan air panas.
                - Menghilangkan bau busuk mulut.
                - Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran yg dimakan dan diminum.



              7. Khasiat madu lebah asli
                  - Mengubati penyakit dalam perut.
                  - Mengubati penyakit medu (gastrik).
                  - Dapat membuang kotoran yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
                  - Dapat mengubati penyakit penagihan dadah. Caranya campur dengan minyak atau air bunga mawar yang panas lalu diminum.
                  - Dapat melawaskan pembuangan air besar.
                  - Boleh mencerahkan mata. Caranya lumurkan pada bahagian kening atau alis mata.
                  - Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dan menjadikan ubat gigi.
                  - Menghilangkan kesan-kesan pati candu rokok yg melekat di bahagian paru-paru.
                  - Mencerdaskan otak kanak-kanak.
                  - Sesuai untuk mengubati setiap penyakit. Caranya ambil air suam dan campurkan madu 2 sudu besar.

                  
                8. Khasiat daging unta
                    - Mengubati penyakit lelah, asma, dan semput.
















                  Thursday, January 7, 2010

                  NERAKA JAHANAM

                  SEEKOR BINATANG DARI NERAKA JAHANAM

                  Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.


                  Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.' 'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.'


                  SIFAT NERAKA JAHANAM

                  • Api neraka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, dilanjutkan seribu tahun lagi sehingga putih, kemudian seribu tahun lagi sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.


                  • Sekiranya terbuka sebesar lubang jarum dapat membakar semua penduduk dunia kerana kepanasannya.


                  • Seandainya satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bisanya.


                  • Sekiranya satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke-7.


                  • Sekiranya seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya.


                  • Neraka jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya dari potongan-potongan api.


                  • Pintunya selalu terbuka, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda (yang paling bawah lebih panas).


                  TINGKAT-TINGKAT BAGI NERAKA JAHANAM SERTA PENGHUNINYA

                  1. Neraka 1: Orang yang berdosa besar yang sampai mati belum sempat bertaubat


                  2. Neraka 2 (Sa’eir): Orang Nasara


                  3. Neraka 3: Orang Yahudi


                  4. Neraka 4 (Ladh): Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi


                  5. Neraka 5 (Saqar): Orang-orang Shobi’in


                  6. Neraka 6 (Jahim): Orang-orang musyrikin


                  7. Neraka 7 (al-Hawiyah): Orang-orang munafik dan kafir


                  KANDUNGAN BAGI SETIAP TINGKAT NERAKA JAHANAM

                  • Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

                  • Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

                  • Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

                  • Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

                  • Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

                  • Setiap kotak mempunyai 70,000 pokok zarqum (di mana terdapat 70,000 rantai di bawah pokok tersebut)

                  • Dan juga mempunyai 70,000 ekor ular (dalam mulut ular mengandungi lautan racun yang hitam pekat).














                  HAIDH

                  Imam Ghazali rah.a. menerangkan: “Ilmu yang harus dipelajari oleh kaum wanita baik muda mahupun tua, baik belum menikah mahupun sudah adalah ilmu haidh.”

                  Mencari ilmu tentang haidh sama wajibnya dengan belajar mengaji surah al-Fatihah, sehingga seorang isteri boleh memaksa keluar untuk mempelajari masalah haidh, dan haram bagi suami melarang isterinya keluar dari rumah untuk mempelajari masalah haidh, sedangkan suami sama sekali tidak memahami tentang masalah haidh. Sayang sekali, pada zaman sekarang ini banyak orang yang tidak mempedulikan masalah ini.


                  Asal-Usul Haidh

                  Wanita mempunyai qudrat dengan keluarnya darah yang tidak disebabkan oleh penyakit. Darah itu adalah sel telur mati yang keluar dari saluran peranakan atau farji. Itulah yang dinamakan haidh. Biasanya haidh itu berkisar antara lima hingga tujuh hari dalam sebulan.

                  Asal-usulnya adalah dari Siti Hawa, isteri Nabi Adam a.s. ketika ia dipujuk oleh iblis untuk memotong pohon khuldi yang dilarang Allah ketika berada dalam syurga. Getah pohon khuldi tersebut menitis tepat pada saat Siti Hawa menerima azab dari Allah s.w.t. dengan keluarnya darah dari farji (kemaluan), kemudian berhenti, keluar lagi, berhenti, terus hingga turun menurun kepada anak cucunya. Maka wanita yang normal yang tidak sedang mengandung akan mengeluarkan darah haidh. Jika tidak mengeluarkan darah haidh, pasti ia sedang terserang penyakit, wajahnya pucat, makan dan tidurpun tak enak, kerana memang sudah dinaskan oleh Allah:

                  “Darah haidh itu adalah suatu kotoran. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita-wanita ketika sedang haidh.”

                  Biasanya akan bersih dan sihat apabila sudah keluar.


                  Hikmah Haidh Bagi Wanita

                  1. Oleh kerana wanita – insyaAllah – pada akhirnya akan mempunyai anak dan harus membersihkan kotoran dan najis-najis anaknya yang masih bayi, maka Allah s.w.t. memberikan ‘training’ atau latihan berupa haidh, supaya wnaitatadi terbiasa dalam merawat bayi.

                  2. Kerana setelah dinikahi oleh seorang lelaki dan menerima mahar, wanita harus menerima kotoran dari suami iaitu berupa air mani yang menjijikkan, maka isteri harus terampil dan pandai membersihkan diri serta pakaian suaminya serta menjaga kebersihan pada semua lingkungan, termasuk makanan. Seorang ibu dapat diibaratkan sebagai doktor atau perawat, sedangkan suami adalah pesakitnya. Maka di rumah pun harus ada doktor kebersihan, iaitu isteri.

                  3. Haidh adalah tanda seorang wanita sudah baligh.

                  4. Sebagai tanda datangnya ‘iddah.

                  5. Haidh dapat menyebabkan kekalnya rasa kasih sayang kerana pada saat haidh, isteri dan suami saling mempertahankan hawa nafsu untuk berhubungan badan.


                  Wanita mempunyai ketetapan yang khusus, di antaranya:-

                  • Haidh
                  • Nifas
                  • Wiladah
                  • Auratnya adalah seluruh tubuhnya, termasuklah rambut.
                  • Diperbolehkan memakai emas.
                  • Diperbolehkan memakai kain sutera.
                  • Dalam hal pembahagian harta warisan, wanita mendapat setengah bahagian dari lelaki.
                  • Tidak mempunyai kekuasaan pada dirinya sendiri, oleh sebab itu ada wali.
                  • Tidak berkwajipan memberi nafkah pada suami.
                  • Boleh diselir hingga empat orang.
                  • Menerima untuk dicerai.
                  • Tidak wajib solat Jumaat.
                  • Tidak disunatkan solat Hari Raya.
                  • Tidak wajib solat jenazah.
                  • Tidak wajib berjuang perang.
                  • Tidak boleh menjadi hakim.
                  • Ketetapan iddah.
                  • Tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami/wali/mahram.
                  • Tidak boleh pergi sendiri tanpa didampingi mahram.
                  • Tidak boleh bersedekah tanpa izin suami.
                  • Mempunyai hak untuk menerima mahar.
                  • Tidak dapat menjadi wali.
                  • Tidak boleh menjadi imam solat jika makmumnya adalah lelaki.

                  Wanita Yang Haidh Terkena 20 Ketetapan Yang Terbagi Ke Dalam Enam Penerangan, iaitu:-

                  1. Sembilan ketetapan mengandungi hukum haram yang khusus bagi wanita tersebut, iaitu wanita diharamkan melakukannya:
                  a) Solat
                  b) Sujud tilawah ketika mendengar ayat sajadah
                  c) Sujud syukur
                  d) Thawaf
                  e) I’tikaf
                  f) Masuk ke dalam masjid
                  g) Membaca al-Quran
                  h) Menyentuh atau menulis ayat-ayat al-Quran
                  i) Berpuasa

                  2. Tiga ketetapan yang diharamkan bagi suami:-
                  a) Bersetubuh dengan isteri
                  b) Menceraikan isteri
                  c) Mengharapkan kesenangan antara pusar dan lutut

                  3. Satu ketetapan yang wajib bagi wanita, mandi hadas besar jika selesai atau berhenti haidh.

                  4. Empat ketetapan sebagai tanda:-
                  a) Sebagai tanda batas waktu iddah.
                  b) Tanda batas waktu istibro (pembelian jariah yang harus ditahan).
                  c) Sebagai tanda bahawa rahim kosong.
                  d) Tanda baligh.

                  5. Dapat menggugurkan kewajipan isteri sendiri:
                  a) Gugur solatnya.
                  b) Gugur tawaf wada’nya.
                  *keterangan: a dan b di atas tidak perlu diqadha.

                  6. Menjadi makbulnya perkataan isteri.


                  Waktu Datang dan Lamanya Haidh

                  Seorang wanita pertama kali mengeluarkan darah adalah ketika sembilan tahun. Keluarnya dari vagina/faraj dapat dikatakan hadih paling sedikit sehari semalam tanpa henti. Tetapi apabila keluarnya darah berlangsung selama lima atau tujuh hari dan jika disatukan waktunya kurang dari sehari semalam, itu bukanlah haidh tapi istihadhah.

                  Haidh paling lama waktunya berlangsung selama 15 hari. Jika melebihi 15 hari, selebihannya adalah istihadhah, bukan haidh lagi. Pada umunya haidh berkisar antara enam hingga tujuh hari setiap bulan.

                  Untuk mengetahui awal dan selesainya haidh, dapat dilihat dari warna darah. Caranya: ambil kapas yang putih bersih dan masukkan ke dalam faraj. Jika masih ada darah di kapas yang berupa basah-basah putih, cecair tidak bercampur lendir atau darah, inilah yang dikatakan suci. Tetapi jika masih bercampur dengan darah merah walaupun serambut atau merah muda, wanita itu belum suci dari haidh.


                  Jenis-jenis Darah Haidh

                  Darah haidh itu bermacam-macam sifat atau warnanya:

                  1. Darah kuat (qawwi). Tandanya: merah kehitam-hitaman atau kelabu atau merah muda serta berbau amis.

                  2. Darah lemah (dha’if). Tandanya: warna darah kuning atau keruh/cecair.

                  Jika ada wanita mengeluarkan darah pada masa haidh, misalnya haidh tiga hari, kemudian suci 12 hari, kemudian keluar darah lagi tiga hari, maka tiga hari yang terakhir setelah suci itu bukanlah darah haidh, tetapi istihadhah.

                  Jika seorang wanita haidh tiga hari kemudian berhenti tiga hari, kemudian keluar lagi 12 hari, kemudian keluar lagi empat hari, maka tiga hari pertama dan 12 hari pertengahan dinamakan haidh.

                  MUHIMMAH/PENTING

                  Bersetubuh dengan isteri ketika sedang haidh termasuk dosa besar dan menjadikan kufur bagi pelaku jika menghalalkan kesempatan ini, kerana masalah ini sudah dinaskan oleh Allah.

                  Ada beberapa keturunan bagi wanita haidh:

                  1. Wanita haidh diperbolehkan mendengar bacaan al-Quran.

                  2. Wanita haidh diperbolehkan memasak makanan untuk keluarga.

                  3. Wanita haidh diperbolehkan makan berjemaah bersama suami, berjabat tangan dengan sesama wanita, menjenguk orang sakit, dan takziah untuk orang yang meninggal dunia.

                  4. Wanita haidh diperbolehkan membaca selawat, dzikir, tasbih, atau ayat al-Quran yang dijadikan dzikir, misalnya ‘innalillahi wainnailaihi roji’un.

                  5. Wanita haidh diperbolehkan menikah.

                  6. Ketika haidh, makhruh memotong kuku, menyisir rambut, dan ziarah kubur.

                  7. Ketika haidh, sebaiknya wanita jangan berlama-lama berada di tempat dingin seperti bilik mandi, kerana hal itu akan memperlama haidh.

                  BY MAULANA MUHAMMAD MANSHUR

                  Tanda Kematian


                  Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

                  Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

                  Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

                  1. Tanda 100 hari sebelum hari mati.
                  Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

                  2. Tanda 40 hari sebelum hari mati
                  Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

                  3. Tanda 7 hari
                  Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

                  4. Tanda 3 hari
                  Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

                  5. Tanda 1 hari
                  Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

                  6. Tanda akhir
                  Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


                  PENUTUP
                  Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
                  Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.




                  15 Tanda Kematian Mulia

                  Bersama Mohd Zawawi Yusoh

                  1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

                  2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

                  3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

                  “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

                  4. Mati syahid di dalam medan perang.

                  5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

                  Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?”.

                  Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah”.

                  Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

                  Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

                  Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

                  6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

                  Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

                  7. Mati kerana tenggelam.

                  8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

                  Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

                  9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

                  10. Mati terbakar.

                  11. Mati kerana penyakit busung perut.

                  Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

                  12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

                  Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

                  13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

                  14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

                  15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

                  16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.