Thursday, January 7, 2010

HAIDH

Imam Ghazali rah.a. menerangkan: “Ilmu yang harus dipelajari oleh kaum wanita baik muda mahupun tua, baik belum menikah mahupun sudah adalah ilmu haidh.”

Mencari ilmu tentang haidh sama wajibnya dengan belajar mengaji surah al-Fatihah, sehingga seorang isteri boleh memaksa keluar untuk mempelajari masalah haidh, dan haram bagi suami melarang isterinya keluar dari rumah untuk mempelajari masalah haidh, sedangkan suami sama sekali tidak memahami tentang masalah haidh. Sayang sekali, pada zaman sekarang ini banyak orang yang tidak mempedulikan masalah ini.


Asal-Usul Haidh

Wanita mempunyai qudrat dengan keluarnya darah yang tidak disebabkan oleh penyakit. Darah itu adalah sel telur mati yang keluar dari saluran peranakan atau farji. Itulah yang dinamakan haidh. Biasanya haidh itu berkisar antara lima hingga tujuh hari dalam sebulan.

Asal-usulnya adalah dari Siti Hawa, isteri Nabi Adam a.s. ketika ia dipujuk oleh iblis untuk memotong pohon khuldi yang dilarang Allah ketika berada dalam syurga. Getah pohon khuldi tersebut menitis tepat pada saat Siti Hawa menerima azab dari Allah s.w.t. dengan keluarnya darah dari farji (kemaluan), kemudian berhenti, keluar lagi, berhenti, terus hingga turun menurun kepada anak cucunya. Maka wanita yang normal yang tidak sedang mengandung akan mengeluarkan darah haidh. Jika tidak mengeluarkan darah haidh, pasti ia sedang terserang penyakit, wajahnya pucat, makan dan tidurpun tak enak, kerana memang sudah dinaskan oleh Allah:

“Darah haidh itu adalah suatu kotoran. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita-wanita ketika sedang haidh.”

Biasanya akan bersih dan sihat apabila sudah keluar.


Hikmah Haidh Bagi Wanita

1. Oleh kerana wanita – insyaAllah – pada akhirnya akan mempunyai anak dan harus membersihkan kotoran dan najis-najis anaknya yang masih bayi, maka Allah s.w.t. memberikan ‘training’ atau latihan berupa haidh, supaya wnaitatadi terbiasa dalam merawat bayi.

2. Kerana setelah dinikahi oleh seorang lelaki dan menerima mahar, wanita harus menerima kotoran dari suami iaitu berupa air mani yang menjijikkan, maka isteri harus terampil dan pandai membersihkan diri serta pakaian suaminya serta menjaga kebersihan pada semua lingkungan, termasuk makanan. Seorang ibu dapat diibaratkan sebagai doktor atau perawat, sedangkan suami adalah pesakitnya. Maka di rumah pun harus ada doktor kebersihan, iaitu isteri.

3. Haidh adalah tanda seorang wanita sudah baligh.

4. Sebagai tanda datangnya ‘iddah.

5. Haidh dapat menyebabkan kekalnya rasa kasih sayang kerana pada saat haidh, isteri dan suami saling mempertahankan hawa nafsu untuk berhubungan badan.


Wanita mempunyai ketetapan yang khusus, di antaranya:-

• Haidh
• Nifas
• Wiladah
• Auratnya adalah seluruh tubuhnya, termasuklah rambut.
• Diperbolehkan memakai emas.
• Diperbolehkan memakai kain sutera.
• Dalam hal pembahagian harta warisan, wanita mendapat setengah bahagian dari lelaki.
• Tidak mempunyai kekuasaan pada dirinya sendiri, oleh sebab itu ada wali.
• Tidak berkwajipan memberi nafkah pada suami.
• Boleh diselir hingga empat orang.
• Menerima untuk dicerai.
• Tidak wajib solat Jumaat.
• Tidak disunatkan solat Hari Raya.
• Tidak wajib solat jenazah.
• Tidak wajib berjuang perang.
• Tidak boleh menjadi hakim.
• Ketetapan iddah.
• Tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami/wali/mahram.
• Tidak boleh pergi sendiri tanpa didampingi mahram.
• Tidak boleh bersedekah tanpa izin suami.
• Mempunyai hak untuk menerima mahar.
• Tidak dapat menjadi wali.
• Tidak boleh menjadi imam solat jika makmumnya adalah lelaki.

Wanita Yang Haidh Terkena 20 Ketetapan Yang Terbagi Ke Dalam Enam Penerangan, iaitu:-

1. Sembilan ketetapan mengandungi hukum haram yang khusus bagi wanita tersebut, iaitu wanita diharamkan melakukannya:
a) Solat
b) Sujud tilawah ketika mendengar ayat sajadah
c) Sujud syukur
d) Thawaf
e) I’tikaf
f) Masuk ke dalam masjid
g) Membaca al-Quran
h) Menyentuh atau menulis ayat-ayat al-Quran
i) Berpuasa

2. Tiga ketetapan yang diharamkan bagi suami:-
a) Bersetubuh dengan isteri
b) Menceraikan isteri
c) Mengharapkan kesenangan antara pusar dan lutut

3. Satu ketetapan yang wajib bagi wanita, mandi hadas besar jika selesai atau berhenti haidh.

4. Empat ketetapan sebagai tanda:-
a) Sebagai tanda batas waktu iddah.
b) Tanda batas waktu istibro (pembelian jariah yang harus ditahan).
c) Sebagai tanda bahawa rahim kosong.
d) Tanda baligh.

5. Dapat menggugurkan kewajipan isteri sendiri:
a) Gugur solatnya.
b) Gugur tawaf wada’nya.
*keterangan: a dan b di atas tidak perlu diqadha.

6. Menjadi makbulnya perkataan isteri.


Waktu Datang dan Lamanya Haidh

Seorang wanita pertama kali mengeluarkan darah adalah ketika sembilan tahun. Keluarnya dari vagina/faraj dapat dikatakan hadih paling sedikit sehari semalam tanpa henti. Tetapi apabila keluarnya darah berlangsung selama lima atau tujuh hari dan jika disatukan waktunya kurang dari sehari semalam, itu bukanlah haidh tapi istihadhah.

Haidh paling lama waktunya berlangsung selama 15 hari. Jika melebihi 15 hari, selebihannya adalah istihadhah, bukan haidh lagi. Pada umunya haidh berkisar antara enam hingga tujuh hari setiap bulan.

Untuk mengetahui awal dan selesainya haidh, dapat dilihat dari warna darah. Caranya: ambil kapas yang putih bersih dan masukkan ke dalam faraj. Jika masih ada darah di kapas yang berupa basah-basah putih, cecair tidak bercampur lendir atau darah, inilah yang dikatakan suci. Tetapi jika masih bercampur dengan darah merah walaupun serambut atau merah muda, wanita itu belum suci dari haidh.


Jenis-jenis Darah Haidh

Darah haidh itu bermacam-macam sifat atau warnanya:

1. Darah kuat (qawwi). Tandanya: merah kehitam-hitaman atau kelabu atau merah muda serta berbau amis.

2. Darah lemah (dha’if). Tandanya: warna darah kuning atau keruh/cecair.

Jika ada wanita mengeluarkan darah pada masa haidh, misalnya haidh tiga hari, kemudian suci 12 hari, kemudian keluar darah lagi tiga hari, maka tiga hari yang terakhir setelah suci itu bukanlah darah haidh, tetapi istihadhah.

Jika seorang wanita haidh tiga hari kemudian berhenti tiga hari, kemudian keluar lagi 12 hari, kemudian keluar lagi empat hari, maka tiga hari pertama dan 12 hari pertengahan dinamakan haidh.

MUHIMMAH/PENTING

Bersetubuh dengan isteri ketika sedang haidh termasuk dosa besar dan menjadikan kufur bagi pelaku jika menghalalkan kesempatan ini, kerana masalah ini sudah dinaskan oleh Allah.

Ada beberapa keturunan bagi wanita haidh:

1. Wanita haidh diperbolehkan mendengar bacaan al-Quran.

2. Wanita haidh diperbolehkan memasak makanan untuk keluarga.

3. Wanita haidh diperbolehkan makan berjemaah bersama suami, berjabat tangan dengan sesama wanita, menjenguk orang sakit, dan takziah untuk orang yang meninggal dunia.

4. Wanita haidh diperbolehkan membaca selawat, dzikir, tasbih, atau ayat al-Quran yang dijadikan dzikir, misalnya ‘innalillahi wainnailaihi roji’un.

5. Wanita haidh diperbolehkan menikah.

6. Ketika haidh, makhruh memotong kuku, menyisir rambut, dan ziarah kubur.

7. Ketika haidh, sebaiknya wanita jangan berlama-lama berada di tempat dingin seperti bilik mandi, kerana hal itu akan memperlama haidh.

BY MAULANA MUHAMMAD MANSHUR

No comments: