Wednesday, October 21, 2009

Kekuasaan Allah




Jenazah Firaun




Batu terapung




Ombak laut menyerupai kalimah ALLAH..




Awan di langit juga segumpal membentuk kalimah ALLAH..




Tulang gergasi yang ditemui di sebuah tempat. Beginilah saiz manusia ketika zaman dahulu. Apa yg kita lihat pada akhir zaman ini..saiz manusia semakin kecil. Mungkin pada masa akan datang manusia cuma sebesar tapak tangan sahaja..Allahualam..




Inilah yang dikatakan gunung senyum. Ia menyerupai muka manusia. Betapa berkuasanya Allah..mampu mencipta segala2nya.




Batu di tepi laut ini menyerupai muka seekor ikan.




Adakah anda dapat mengecam rupa makhluk ini?? Saya fikir ini muka unta.




Entahla binatang apa ne sedang meminum air.




Sebuah ukiran semulajadi berbentuk tangan.






Ada lagi... ukiran berbentuk gajah.




Kucing sedang tidur.




Kalimah Allah di biji kurma.




Buah pisang keluar dari batang pokok pisang.




Seperti makhluk sedang sujud antara 2 sujud.




Muka ikan ini seakan-akan rupa manusia.






Sebatang pokok seperti manusia yg sedang rukuk menghadap kiblat.




Tuesday, October 20, 2009

Adab-Adab Seorang Isteri

Seorang wanita memberikan nasihat kepada anak perempuannya yang akan berkahwin: Jagalah sepuluh perkara ini untuk kepentingannya:

1 & 2. Dampingilah dia dengan penuh kerelaan dan bergaullah dengan baik.

3 & 4. Jagalah tempat yang menjadi sasaran mata dan hidungnya. Bersihkan diri agar sedap matanya memandang.

5 & 6. Jagalah waktu makan dan tidurnya, kerana rasa lapar dan tidur yang terganggu akan menyebabkannya marah.

7 & 8. Jagalah hartanya dan jalinkan hubungan yang baik dengan keluarganya.

9 & 10. Janganlah menderhakai perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Janganlah bergembira di hadapannya, jika dia sedang berduka dan janganlah berduka jika dia sedang bergembira.

Wasiat Seorang Ibu Untuk Anaknya


Setelah Al Haris bin Amr, Raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim, di waktu utusan di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:-

"Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu

aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya,

Tetapi !

Ia sebagai peringatan untuk yang lalai

Dan pedoman kepada yang berakal.

Andai ibu-bapamu dapat memberikan segala-galanya

nescaya,

tidak perlu bagimu seorang suami

dan kau terlalu berharga bagi kami,

Tetapi !

Wanita dicipta untuk lelaki

Lelaki dicipta untuk wanita.

Berceraila kau dari ayunan buaianmu

meninggalkan teratak tempat besarmu

melangkah menuju ke alam baru

yang belum kenal

yang belum biasa

Kau milik suamimu

anggap dirimu sebagai hamba

tentunya suamimu

jadi teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku

sepuluh sifat

sebagai bekalan perjalanan

menuju alam bahagia

Relakan hatimu

sekadar yang ada

semoga suci hatimu

dengan taat setia

dan hulur tanganmu

tanda mahu berganding bahu

jauhkan dirimu dari

segala yang jelek

yang dihidu atau dipandang mata

juga awasi gerak lakumu

agar tidak sumbang mengguris rasa

Sembunyikan suram wajahmu

gantikan ia dengan sinar

secerah sang suria pagi

Dan badan yang semerbak harum

bermandikan bauan

mata berpasak, kening bercelak

itu menambah seri

itu membankitkan berahi

dan…………….

air cukup memada

bagi yang tiada

Jaga masa makannya

juga waktu tidurnya

kerana,

perut kosong hilang bicara

mata mengantuk hilang kesabaran di dada

Kunci mulutmu

tabahkan hatimu

badanmu terselamat

jiwa temanmu tidak terseksa

Simpan dulu kerianganmu

di kala dia berduka

pendamkan kesedihanmu

di kala dia bergembira

akibat aksi tidak senada

hilang simpatimu disebab pertama

keruh suasana disebab kedua

Hulur tanganmu……

andai kau menghulur sebelah tangan

nescaya dia menghulur kedua belah tangan

tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan

Ketahuilah !

Kasihmu tiada sampai ke mana

Jika hatimu berdua tidak sejiwa

kasih kau, kasihlah dia

benci kau, bencilah dia

Allah saja yang menentukan nasibmu."

"Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu." Beginilah ibu tadi menambah pesanan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah tercapai kedudukan yang mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang semuanya mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman selepas ayah mereka. Beginilah seterusnya statusnya wanita-wanita yang memiliki kelebihan.

Aku sudahi dengan nama Allah, semoga Dia memberi taufik dan hidayat. Amin.

Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki

Betulkah wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki??

Perempuan itu insan (manusia), sama seperti lelaki. Dan insan itu, baik lelaki mahupun perempuan, diciptakan Allah dari bahan yang sama, min nafsin wahidatin.

Perempuan itu zauj, yakni pasangan buat lelaki, dan lelaki pun zauj bagi perempuan. Sama dan sedarjat walaupun berbeza tugas dan pelengkapan jasmaniahnya untuk memudahkan menjalankan tugas masing-masing.

"Allah telah menciptakan kamu sekalian dari satu hakikat dan satu jenis yang sama, kemudian Dia membuat dari jenis itu pasangannya". (Surah az-Zumar:6)

Dalam tafsir al-Manar dengan pembahasan yang panjang lebar, dapat disimpulkan bahawa nafsin wahidatin itu ialah almahiyah wal-haqiqiyah, sesuatu dan hakikat. Kemudian dinyatakan:

"Yakni Dia menciptakan kamu sekalian dari satu jenis hakikat". (Tafsir al-Manar 4: 327)

Abu Muslim dan Ar Razi dalam tafsirnya berkata:
" Erti Dia menciptakan daripadanya pasangannya, Dia menciptakan dia dari jenis yang sama, maka adalah ia serupa dengan dia (tidak berbeza)".

" Dan dari antara kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untuk kamu dari anfusikum - dari bahan yang sejenis dengan kamu - beberapa pasangan untuk kamu menenteramkan fikiran padanya, dan Allah membuat di antara kamu sekalian kecintaan dan kasih sayang". (Surah Ar-Raum: 21)

Isteri-isteri kita bukan sebahagian dari badan kita, dan tidak dibuat dari sebahagian badan kita.

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian seorang rusul dari anfusikum, yang sebangsa atau sejenis dengan kamu sekalian". (Surah At-Taubah: 128)

Dalam ayat tersebut diterangkan bahawa rasul itu dari anfusikum. Tentu bererti bukan sebahagian dari badan kita, dan bukan pula dijadikan dari sebahagian anggota badan kita.

Demikian pula dalam hadis dinyatakan perempuan itu dibuat dari tulang rusuk. Bukan bahan asasnya dari tulang rusuk tetapi mempunyai sifat seperti itu.

"Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik".

Wanita menghantar jenazah ke kubur

Dalam hadis sahih riwayat Al-Bukhari diterangkan:
Ummu 'Athiyah r.a. telah berkata:
"Kami (kaum wanita) dilarang mengikuti (menghantar) jenazah, dan larangan itu tidak dinyatakan keras".

"Tidak ditekankan atas kami larangan tersebut". Akan tetapi ternyata dalam praktik sehari hari pada zaman Nabi jarang terjadi kaum wanita turut ke kuburan. Hal itu terbukti ketika 'Umar melihat ada wanita turut menghantar jenazah, Umar berteriak-teriak menegurnya sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda: "Da'haa yaa "Umar! Biarkan sahaja dia, wahai Umar!"

Demikian diriwayatkan dan dikeluarkan oleh Ibnu Syaibah serta An-Nasai dengan keadaan rijal hadis tersebut dapat dipercayai.

Dari semua keterangan di atas:
  1. Kaum wanita dilarang turut menghantar jenzah ke kuburan, tetapi larangan itu tidak keras.
  2. Wanita yang turut menghantar jenazah jelas tidak mendapat pahala dan keutamaan.

Hukum memakai rambut palsu

Memakai rambut palsu maksudnya memperpanjangkan rambut dengan menyambungnya agar sanggul menjadi besar atau rambut menjadi panjang.

Perbuatan ini pun dilarang. Dalam hadis, perbuatan tersebut dinamakan
al-waashilah. Menyambung rambut, baik dengan rambut asli, dengan benang sutera, ataupun dengan kain, semua itu termasuk waasilah, menyambung. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Allah telah melaknat perempuan yang memakai rambut palsu dan yang meminta dipakaikan rambut palsu, dan perempuan yang mencacah (membuat tatu) dan minta dicacah (ditatu)".

Hadis ini sangat jelas tidak perlu ditafsirkan lagi dan disampingnya, hadis-hadis sahih seperti itu banyak sekali. Dalam Al-Bukhari dan dari Siti Aisyah diriwayatkan ada perempuan yang sakit, kemudian rambutnya gugur (luruh). Orang-orang hendak memakaikan rambut palsu kepadanya, tetapi Rasulullah s.a.w. melarangnya.

Pada zaman Mu'awiyah ditemukan rambut palsu. Mu'awiyah kemudian berkata di atas mimbar:
"Mana ulama-ulama kamu? Aku telah mendengar dari Rasulullah bahawa rambut palsu seperti inidilarang!". Kemudian dikatakannya bahawa bani Israil telah binasa tatkala perempuan-perempuan mereka mengenakan rambut palsu. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Islam tidak melarang mengubati rambut agar tumbuh kembali atau agar tumbuh subur dan panjang. Tetapi bagi orang Islam sebenarnya rambut panjang ataupun pendek tidak menjadi soal, sebab sudah ada tudung yang akan menutupinya.

Mahram & Bukan Mahram


Wanita2 mahram kerana nasab (keturunan) iaitu;-
  1. Ibu, nenek, dan seterusnya sampai ke atas.
  2. Anak perempuan, cucu perempuan, dan seterusnya sampai ke bawah.
  3. Saudara perempuan.
  4. Saudara perempuan ayah.
  5. Saudara perempuan ibu.
  6. Anak-anak perempuan saudara lelaki.
  7. Anak-anak perempuan saudara perempuan.
Wanita2 mahram kerana sebab susuan iaitu;-
  1. Ibu sepersusuan (wanita2 yg pernah menyusui kita).
  2. Anak perempuan sepersusuan (wanita2 yg pernah disusui oleh isteri kita).
  3. Saudara perempuan sepersusuan.
  4. Anak2 perempuan dari dari saudara perempuan sepersusuan.
  5. Anak2 perempuan dari saudara perempuan sepersusuan.
Wanita2 mahram kerana sebab pernikahan iaitu;-
  1. Isteri ayah dan isteri abang dan seterusnya.
  2. Emak isteri dan nenek isteri dan seterusnya ke atas.
  3. Isteri anak lelaki kandung (menantu), isteri dan anak saudara perempuan. Mereka menjadi mahram selama ikatan pernikahan masih berlangsung. Apabila telah dicerai atau ditinggal mati oleh suaminya, maka mereka menjadi wanita ajnabiyah (bukan mahram).
  4. Anak perempuan isteri (rabiyah), anak perempuan dari anak perempuan isteri (anak tiri), dan anak perempuan dari anak lelaki isteri (cucu tiri). Wanita2 ini menjadi mahram jika ibu mereka telah dinikah dan dicampuri.


Keutamaan Wanita Solehah


Walaupun wanita tidak ada yang diangkat Allah menjadi nabi, namun kedudukan wanita sangat tinggi di sisi Allah swt kepada wanita, di antaranya;-


  1. Seorang wanita yg solehah lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki solehah.
  2. Seorang wanita yg jahat akhlaknya lebih buruk daripada 1,000 orang lelaki yg buruk akhlaknya.
  3. Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram, kemudian isteri menghiburkannya, maka ia akan mendapat setengah pahala jihad.
  4. Bagi seorang wanita yg hamil, dua rakaat solat lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil.
  5. Apabila seorang wanita hamil hingga melahirkan anak, maka Allah swt akan memberikan kepadanya pahala bagaikan berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.
  6. Seorang wanita yg meninggal dunia pada masa 40 hari setelah melahirkan anak, maka ia akan mendapat pahala syahid.
  7. Jika seorang anak menangis pada malam hari danibunya tidak memarahinya, bahkan memujuknya, maka ibu itu akan mendapat pahal ibadah.
  8. Seorang wanita yg melahirkan akan mendapat pahala 70 tahun solat sunat dan puasa, dan setiap kesakitan yg dialaminya ketika melahirkan akan mendapat pahala haji yg diterima Allah swt.
  9. Apabila seorang wanita tidak dapat tidur pada malam hari kerana mengurus anaknya yg sakit atau demam, maka Allah swt akan memberinya ganjaran seperti memerdekakan 20 orang hamba sahaya.
  10. Seorang wanita yg tidak dapat tidur pada waktu malam kerana menyusui anaknya, maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya dan ia akan diberi pahala 12 tahun ibadah.
  11. Apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berzikir, maka Allah swt akan memberikan kepadanya pahala seperti menyapu halaman sekitar Ka'abah.
  12. Seorang iateri yg mendorong suaminya utk keluar di jalan Allah, dan ia redha serta rela menanggung sedikit penderitaan kerana ditinggalkan suaminya, maka Allah swt akan memasukkannya ke dalam syurga 500 tahun lebih awal sebelum suaminya memasuki syurga, dan wanita itu menanti di pintu syurga.
  13. Seorang wanita yg memerah susu sapi dan diawali dengan bismillah, maka Allah swt akan memberi keberkatan rezeki bagi penduduk rumah itu.
  14. Seorang wanita yg memandang kepada lelaki yg bukan mahram, maka Allah swt akan mengutuk wanita tersebut.
  15. Seorang isteri yg mengerjakan solat, berpuasa pada bulan ramadhan, dan menjaga amanah suaminya, maka Allah swt akan memasukkannya ke dalam syurga melalui mana2 pintu syurga yg dia kehendaki.
  16. Semua penghuni syurga akan menemui Allah swt yg kekerapannya tergantung kpd amalannya di dunia, tetapi wanita yg memelihara dirinya dr pandangan lelaki yg bukan mahram, maka Allah swt sendiri yg akan datang kepadanya.
  17. Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahwa Nabi saw bersabda, "Apabila seorang wanita mengerjakan solatn 5 waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya, serta taat kepada suaminya, maka ia pasti masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya".