Tuesday, December 8, 2009

ADAB-ADAB SEBAGAI IBU

 
 Amalan Ketika Mengandung
1.    Makanan dan minuman hendaknya diperoleh dari sumber yang halal.
2.    Beribadah sebaik mungkin, berzikir, membaca al-Quran, dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah.
3.    Biasakan membaca:-
a)    Surah Maryam – Untuk mendapatkan anak yang soleh.
b)   Surah Yusuf – Untuk mendapatkan anak yang tampan.
c)    Surah Yassin – Agar mudah melahirkan.


Watak dan Akhlak Ketika Mengandung
1.    Jauhi sifat pemarah dan merajuk.
2.    Menjaga adab sehari-hari.
3.    Jangan menyakiti binatang.
4.    Pergaulan suami isteri hendaklah beradab.
5.    Pernikahan dilaksanakan dengan mengikuti syariat Islam.

Pahala – pahala

1.    Hamil – jihad fi sabilillah
2.    Setelah melahirkan dan menyusui – satu tegukan satu kebaikan
3.    Melahirkan – dosa-dosa ibu bersih bagaikan baru lahir kembali 
4.    Semalaman tidak tidur kerana anak sakit – memerdekakan 70 hamba sahaya dengan ikhlas untuk membela agama Allah
 

Hal-hal yang Harus Dilakukan Ketika Melahirkan 

     1.    Ibu hendaklah menjaga auratnya ketika bersalin
2.   Anak yang dilahirkan hendaknya disambut dengan tangan yang suci (wanita beriman) dan dalkam suasana penuh keislaman. Kemudian, dikumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya.
3.    Jika anak disusukan oleh orang lain hendaklah memilih wanita yang solehah dan taat beragama.
4.    Disunnahkan mencukur rambut bayi serta bersedekah emas seberat timbangan rambut anak pada hari ke tujuh kelahirannya. Hikmahnya adalah menambah tenaga dan menyehatkan badan serta pendengarannya.
5.    Disunnahkan melaksanakan aqiqah pada hari ke-7, iaitu menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan.
6.    Pada hari itu juga dianjurkan memberi nama yang baik seperti nama rasul dan sahabat agar mendapatkan keberkatannya.
7.    Hendaknya diperdengarkan kepada anak-anak kecil kalimah-kalimah thayyibah.
8.    Sunnah memotong kuku bayi.
9.    Disunnahkan memecahkan makanan manis yang tidak dimasak ke bibir dan langit-langit bayi, seperti kurma, madu, kismis.

Sabda Rasulullah saw tentang Anak;-
1.    Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.
2.    Syurga adalah sebuah kampung kesenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.
3.    Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kerana takut kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.
4.    Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 5000 tahun.
5.    Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah s.w.t. dan tidak akan diseksa di akhirat nanti.
6.    Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-solah memerdekakan anak Nabi Ismail.
7.    Perintahkan anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.
8.    Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
9.  Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua turut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.
10. Barangsiapa membekali anak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapat pahala seperti pahala anaknya.
11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata, “Anakku, kau telah kudidik, kuajar, dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat.
12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi penghalang untuk masuk neraka.
13. Anak-anak adalah penghalang untuk masuk neraka, maka:-
a)    Makan bersama anak – Membebaskan kita dari neraka
b)   Memuliakan anak – Selamat ketika menyeberangi titian sirat

2 comments:

Vita Meglio said...

salam

pinjam entri ni nak sent kat orang len..tq

Princess_Greenz said...

Wkmslm,,

Dipersilakan..
Smoga umat akhir zmn melahirkan insan yg diredhaiNya..