Dzikir iaitu mengingati Allah s.w.t dalam setiap masa dan keadaan. Allah s.w.t. telah berfiman dalam surah Al-Baqarah ayat 152, maksudnya: ”Maka berzikirlah (untuk mengingati) kepadaKu, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian”.
Tujuannya:
Supaya dapat kita hubungkan diri kita dengan Allah s.w.t. dalam setiap masa dan keadaan.
Kelebihannya:
1. Dzikir menghilangkan penyakit hati seperti hasad dengki dan iri hati.
2. Dzikir menjauhkan diri dari syaitan.
3. Dzikir menghilangkan dukacita hati.
4. Dzikir menghidupkan hati.
5. Dzikir memberi ketenangan jiwa.
6. Dzikir mendatangkan kemurahan rezeki, memberi Nur pada wajah dan rumahtangga.
7. Orang yang berzikir dianggap hidup di sisi Allah s.w.t., sebaliknya orang yang tidak berzikir dianggap mati di sisi Allah s.w.t.
Adab ketika hendak berzikir (zahir & batin):
1. Ada wudhuk dan bersugi (menggunakan miswak)
2. Menghadap Qiblat.
3. Lapangkan fikiran pada hal dunia dan ingat hanya pada Allah s.w.t.
4. Tutup aurat, hadirkan hati dan fikiran. Anggaplah diri banyak berdosa. Tundukkan pandangan ke bawah dengan tawajjuh.
5. Tempat dan pakaian hendaklah bersih.
6. Faham akan makna yang kita berzikir itu.
Hendaklah istiqomah berzikir sebanyak 300 kali pagi dan 300 kali petang, masa yang sebaik-baiknya mengingati Allah s.w.t. ialah apabila waktu pertukaran malaikat di mana para malaikat akan membawa berita baik ke langit. Kekuatan dzikir lebih deras menembusi cahaya dan membuka langit hingga tiang-tiang Arasy bergoyang. Selepas berzikir mintalah pada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t. ampunkan dosa-dosa suami, ibubapa, dan umat Rasulullah s.a.w. dan lakukanlah dengan istiqamah.
No comments:
Post a Comment