Friday, December 4, 2009

NILAI CINTA DALAM AL-QURAN


Al-Quran merupakan Kalam Allah dan merupakan mukjizat yang teragung yang diwahyukan kepada junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W dan merupakan kitab yang paling lengkap diturunkan untuk umat Islam serta menjadi nur panduan seluruh alam waima alam jin sekalipun.


Al-Quran adalah ibarat panduan, penunjuk arah dan tatacara kehidupan manusia selaras dengan peranan yang diamanahkan oleh Allah iaitu menjadi khalifah di muka bumi dan menjadi seorang hamba yang hanya menurut perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Tanpa al-Quran adalah mustahil bagi kita untuk meniti setiap perjalanan dunia yang penuh onar dan kekeliruan. Al-Quran adalah penunjuk bagi orang yang beriman dan tiada keraguan tentangnya.


Kebenaran al-Quran tidak boleh disangkalkan lagi kerana telah dibuktikan oleh kajian Sains ulama’-ulama’ silam serta kajian sains moden sekarang yang masih relevan sejak zaman ia diturunkan sehinnga hari Qiamat. Allah telah berjanji akan menjaga kesucian Al-quran.


Tetapi alangkah malangnya pada masa sekarang masyarakat khususnya remaja telah jauh daripada al-Quran. Al-Quran telah diasingkan dalam urusan hidup, al-Quran sudah tidak dibacakan dengan lunak suara yang merdu, al-Quran hanya menjadi perhiasan di rumah dan ada yang lebih teruk lagi al-Quran telah dibakar, dikoyak dan dipijak-pijak serta dihina.


Oleh itu, penurunan dan setiap isi al-Quran hendaklah dihayati supaya kejahilan diatas tidak berlaku. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kita pada hari akhirat dengan keberkatan Al-Quran. Amin.

No comments: