Friday, December 4, 2009

PERFECT APRIL FOOL’S DAY


MERAYAKAN YANG BUKAN HAK KITA


Sebagai umat yang mengaku beragama Islam, kita mempunyai hak untuk merayakan hari-hari besar yang kita miliki yang termaktub dalam kitab dan yang disepakati oleh para ulamak. Bermula dari satu Muharram yang merupakan tahun bersejarah kerana Hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah. Kemudian 12 Rabiulawal hari kelahiran Rasulullah, Rejab peritiwa Israk & Mikraj, Syaaban dengan Nisfu Syaabannya, sehinggalah bulan Zulhijjah ada saja hari besar yang boleh kita raikan.


Persoalannya mengapa hari ini umat Islam terutamanya generasi muda tidak ambil peduli hari-hari besar Islam ini. Remaja Islam kita lebih menunggu kehadiran 1 Januari untuk bersukaria. Kemudian pula menanti 14 Februari untuk merayakan hari yang disebut “Valentine Day”, selepas itu bergurau senda dan mengenakan rakan- rakan pada 1 April yang disebut “April fool”. Sedangkan kita sering diberitahu disetiap ketika hampirnya hari-hari tersebut agar jangan merayakan sambutan hari-hari berkenaan kerana ianya bercanggah dan tidak ada kena mengena dengan agama Islam.


Penganiayaan, tipu helah, gurau senda melebihi batasan dan pembohongan menjadi mainan pula pada “April fool” yang sehingga kita tiada hak untuk menunjukkan kemarahan apabila diri dihina atau ditipu pada hari itu. Sedangkan di dalam Islam yang cukup indah melarang sama sekali untuk menipu, berbohong dan menjatuhkan maruah orang lain. Kenapa pula pada “April fool” dibenarkan dan dihalalkan? Siapakah yang mengajar semua ini?


Sumber :-www.geocities.com/pilgm/harikhurafat.htm


Tidak ada dalam sejarah agama kita yang menunjukkan bahawa budaya-budaya songsang yang dinyatakan di atas tadi diperkenalkan oleh mereka yang asalnya dari orang Islam sebaliknya budaya kotor ini diperkenalkan kepada kita oleh masyarakat lain yang tidak beragama Islam. Merayakan tahun baru masehi dibuat oleh masyarakat Kristian beratus tahun yang lalu sebelum budaya ini merebak sampai kepada pengetahuan umat Islam. Apabila umat Islam diperkenalkan dengan budaya ini, kita terus sahaja menerima segala perlakuan dan tatacara kaedah merayakannya tanpa tapisan menyahkan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam sambutan itu. Kita menerima bulat-bulat tanpa pengubahsuaian agar ianya tidak bercanggah dengan kehendak agama.

No comments: