Tuesday, December 22, 2009

KELEBIHAN BERSUGI



1.    Kata Abu Hurairah, Sabda Nabi: Bermula taharah (kebersihan) itu 4 perkara iaitu;-
a)    Gunting misai
b)   Cukur bulu ari-ari
c)    Kerat kuku
d)    Bersugi


2.    Jika tidak aku takut ianya menyusahkan umatku nescaya aku wajibkan mereka bersugi tiap-tiap kali solat.


3.    Dua rakaat dengan bersugi lebih baik dari 70 rakaat tanpa bersugi.


4.    Apabila seseorang bersugi, berdirilah malaikat dibelakangnya mendengar bacaan dia, dihampiri hingga bertemu mulut nya dengan mulut si pembaca.


5.    Kata Aisyah r.a., Sabda Nabi; “Bersugi itu setengah iman, berwudhuk itu setengah iman dan bersugi itu menyembuhkan segala penyakit melainkan mati”.



6.    Sabda Nabi s.a.w.; 3 perkara sunat muakad atas tiap-tiap muslim;-
a)    Bersugi
b)   Mandi hari Jumaat
c)    Berharuman


7.    Sabda Nabi s.a.w.; 3 perkara atasku fardhu bagi umatku sunat;-
a)    Bersugi
b)   Solat Tahajud
c)    Solat Witir


8.    Riwayat Ibn Abbas katanya “Nabi Ibrahim bersuci lima di kepala iaitu bersugi, berkumur-kumur, hisap air ke hidung, sikat rambut dan gunting misai. Kemudian lima di badan iaitu kerat kuku, berkhatan, cabut bulu ketiak, cukur bulu ari-ari dan beristinjak dengan air”.

9.    Sabda Nabi s.a.w.; “Allah memberi rahmat pada orang yang menyelati bulu janggut ketika berwudhuk atau mandi dan yang mencungkil gigi sesudah makan”.


Waktu Sunat Bersugi
1.    Ketika berubah bau mulut.
2.    Semasa berdiri untuk solat.
3.    Hendak baca Quran/Hadis.
4.    Hendak berzikir.
5.    Bila keluar dari rumah dan hendak masuk rumah.
6.    Bila makan yang berbau.
7.    Bangun dari tidur.
8.    Jika sakit mata.
9.    Ketika masuk masjid.

Khaifiat Bersugi
1.    Sunat berniat untuk bersugi, ‘Sahaja aku sunat bersugi’.
2.    Pegang dengan tangan kanan.
3.    Jadikan jari kelingking dan ibu jari di bawah kayu siwak, manakala jari manis, jari tengah dan jari telunjuk di atasnya.
4.    Makruh jika kayu sugi lebih panjang dari sejengkal.
5.    Sunat dimulai dengan bahagian kanan gigi hingga ke tengah kemudian dari kiri ke tengah seterusnya bahagian luar, dalamnya, lidah dan langit-langit halkum.


No comments: