Wednesday, October 21, 2009
Kekuasaan Allah
Tuesday, October 20, 2009
Adab-Adab Seorang Isteri
Wasiat Seorang Ibu Untuk Anaknya
Setelah Al Haris bin Amr, Raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim, di waktu utusan di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:-
Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki
Perempuan itu insan (manusia), sama seperti lelaki. Dan insan itu, baik lelaki mahupun perempuan, diciptakan Allah dari bahan yang sama, min nafsin wahidatin.
Perempuan itu zauj, yakni pasangan buat lelaki, dan lelaki pun zauj bagi perempuan. Sama dan sedarjat walaupun berbeza tugas dan pelengkapan jasmaniahnya untuk memudahkan menjalankan tugas masing-masing.
"Allah telah menciptakan kamu sekalian dari satu hakikat dan satu jenis yang sama, kemudian Dia membuat dari jenis itu pasangannya". (Surah az-Zumar:6)
Dalam tafsir al-Manar dengan pembahasan yang panjang lebar, dapat disimpulkan bahawa nafsin wahidatin itu ialah almahiyah wal-haqiqiyah, sesuatu dan hakikat. Kemudian dinyatakan:
"Yakni Dia menciptakan kamu sekalian dari satu jenis hakikat". (Tafsir al-Manar 4: 327)
Abu Muslim dan Ar Razi dalam tafsirnya berkata:
" Erti Dia menciptakan daripadanya pasangannya, Dia menciptakan dia dari jenis yang sama, maka adalah ia serupa dengan dia (tidak berbeza)".
" Dan dari antara kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untuk kamu dari anfusikum - dari bahan yang sejenis dengan kamu - beberapa pasangan untuk kamu menenteramkan fikiran padanya, dan Allah membuat di antara kamu sekalian kecintaan dan kasih sayang". (Surah Ar-Raum: 21)
Isteri-isteri kita bukan sebahagian dari badan kita, dan tidak dibuat dari sebahagian badan kita.
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian seorang rusul dari anfusikum, yang sebangsa atau sejenis dengan kamu sekalian". (Surah At-Taubah: 128)
Dalam ayat tersebut diterangkan bahawa rasul itu dari anfusikum. Tentu bererti bukan sebahagian dari badan kita, dan bukan pula dijadikan dari sebahagian anggota badan kita.
Demikian pula dalam hadis dinyatakan perempuan itu dibuat dari tulang rusuk. Bukan bahan asasnya dari tulang rusuk tetapi mempunyai sifat seperti itu.
"Peliharalah perempuan dengan cara yang baik. Sesungguhnya perempuan diciptakan dengan (sifat seperti tulang rusuk yang bengkok) dari antara tulang rusuk ialah yang paling atas. Bila kamu cuba-cuba meluruskannya, boleh memecahkannya dan bila dibiarkan akan tetap bengkok. Kerananya peliharalah perempuan dengan baik".
Wanita menghantar jenazah ke kubur
Ummu 'Athiyah r.a. telah berkata: "Kami (kaum wanita) dilarang mengikuti (menghantar) jenazah, dan larangan itu tidak dinyatakan keras".
"Tidak ditekankan atas kami larangan tersebut". Akan tetapi ternyata dalam praktik sehari hari pada zaman Nabi jarang terjadi kaum wanita turut ke kuburan. Hal itu terbukti ketika 'Umar melihat ada wanita turut menghantar jenazah, Umar berteriak-teriak menegurnya sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda: "Da'haa yaa "Umar! Biarkan sahaja dia, wahai Umar!"
Demikian diriwayatkan dan dikeluarkan oleh Ibnu Syaibah serta An-Nasai dengan keadaan rijal hadis tersebut dapat dipercayai.
Dari semua keterangan di atas:
- Kaum wanita dilarang turut menghantar jenzah ke kuburan, tetapi larangan itu tidak keras.
- Wanita yang turut menghantar jenazah jelas tidak mendapat pahala dan keutamaan.
Hukum memakai rambut palsu
Perbuatan ini pun dilarang. Dalam hadis, perbuatan tersebut dinamakan al-waashilah. Menyambung rambut, baik dengan rambut asli, dengan benang sutera, ataupun dengan kain, semua itu termasuk waasilah, menyambung. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Allah telah melaknat perempuan yang memakai rambut palsu dan yang meminta dipakaikan rambut palsu, dan perempuan yang mencacah (membuat tatu) dan minta dicacah (ditatu)".
Hadis ini sangat jelas tidak perlu ditafsirkan lagi dan disampingnya, hadis-hadis sahih seperti itu banyak sekali. Dalam Al-Bukhari dan dari Siti Aisyah diriwayatkan ada perempuan yang sakit, kemudian rambutnya gugur (luruh). Orang-orang hendak memakaikan rambut palsu kepadanya, tetapi Rasulullah s.a.w. melarangnya.
Pada zaman Mu'awiyah ditemukan rambut palsu. Mu'awiyah kemudian berkata di atas mimbar: "Mana ulama-ulama kamu? Aku telah mendengar dari Rasulullah bahawa rambut palsu seperti inidilarang!". Kemudian dikatakannya bahawa bani Israil telah binasa tatkala perempuan-perempuan mereka mengenakan rambut palsu. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
Islam tidak melarang mengubati rambut agar tumbuh kembali atau agar tumbuh subur dan panjang. Tetapi bagi orang Islam sebenarnya rambut panjang ataupun pendek tidak menjadi soal, sebab sudah ada tudung yang akan menutupinya.