Tuesday, October 20, 2009

Wanita dan Kanak-kanak Dalam Rombongan Pengantin


Dalam majlis perkahwinan, seringkali kita lihat rombongan wanita dan kanak-kanak ikut serta bagi mengiringi pengantin perempuan. Kaum wanita dibolehkan ikut serta dan tiada larangan di dalam hal ini kerana ketika perkahwinan Sayidatina Aisyah r.a. dengan junjungan Nabi s.a.w., kaum wanita termasuk ibu Aisyah r.a. ikut serta dan mengiringinya masuk ke dalam rumah.

Aisyah bercerita, "Nabi s.a.w. mengahwiniku, lalu ibuku datang kepadaku dan memasukkan aku ke dalam rumah. Ternyata di dalam rumah terdapat beberapa orang wanita ansar. Mereka mengucapkan, "Mudah-mudahan mendapat keberuntungan yang sebaik-baiknya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sementara itu dalam kisah lain yang juga diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, baginda s.a.w. melihat beberapa orang wanita dan anak-anak dari acara pengantin. Baginda cepat-cepat berdiri kerana gembira sambil berkata, "Ya Allah, anda semua termasuk orang-orang yg paling aku cintai."

No comments: