Kaunseling secara umumnya dilihat sebagai satu proses menolong seseorang yang mengalami masalah melalui perbincangan secara peribadi antara klien dan kaunselor. Menurut Zuraidah(2001), istilah kaunseling digunakan oleh individu dalam profesion kaunseling untuk menggambarkan satu jenis proses menolong yang khas. Kaunseling memfokus kepada kesedaran kendiri klien, minat, sikap dan matlamat dan bukan sekadar bergantung kepada maklumat umum atau perlakuan yang dilihat. Biasanya dalam sesi kaunseling, seorang kaunselor akan menggunakan potensi yang ada dalam diri klien untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh. Oleh itu, proses menolong yang berlaku dalam sesi kaunseling biasanya berdasarkan teori-teori yang telah dibuktikan kesahihannya dan bukan sekadar nasihat-nasihat biasa. Selain itu, dalam sesi kaunseling juga terdapat kemahiran-kemahiran khas bagi membolehkan sesi kaunseling berjalan secara teratur dan sekali gus dapat menangani masalah klien secara professional.
Definisi oleh Zuqraidah ini seqlqaqrqqas dengan konsep kerahsiaan dalam kaunseling di mana setiap yang berlaku dalam sesi kaunseling hanyalah antara klien dan kaunselor sahaja. Seorang kaunselor perlu menyimpan rahsia klien mereka agar kepercayaan klien terhadap kaunselor tidak tergugat.
Kaunseling bertujuan memberi nasihat kepada individu yang dikenali sebagai klien. Menurut Hilton, dalam BAC(1991) kaunseling didefinisikan sebagai proses menolong yang sistematik berasaskan kemahiran-kemahiran dan prinsip-prinsip yang digunakan oleh kaunselor dalam perhubungan untuk memudahkan pengetahuan diri, penerimaan emosi dan tumbesaran dan perkembangan optima sumber individu, (Davies,1997). Pada keseluruhannya, matlamat kaunseling adalah untuk memberikan peluang ke arah kehidupan yang lebih puas kepada individu. Ini bermakna menurut Hilton, kaunseling adalah untuk membantu individu menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera dengan mengembangkan potensi atau kelebihan-kelebihan yang ada pada klien melalui kemahiran-kemahiran tertentu dalam kaunseling. Seorang kaunselor adalah untuk memberi jalan bagi memudahkan klien bekerja dalam jalan yang menepati nilai-nilai klien, sumber individu dan kapasiti untuk keazaman diri. Hal ini bermakna, kaunselor perlu membantu klien mencapai matlamat mereka mengikut saluran yang sebenar dan bersesuaian dengan potensi dan kelebihan yang ada pada diri klien tersebut. Tetapi kauselor bukan memberikan penyelesaian terhadap masalah klien. Di dalam membantu klien menyelesaikan masalah mereka, seorang kaunselor harus menggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling seperti kemahiran temuduga dan intervensi bagi mencari punca masalah klien. Kemahiran-kemahiran inilah yang dimaksudkan oleh Hilton dalan definisinya tentang kaunseling.
Menurut British Association For Counselling(BAC) lagi, apabila seseorang individu menggunakan dengan kerap atau kadang-kadang watak sebagai kaunselor, memberi masa, tumpuan dan rasa hormat terhadap seseorang atau orang lain semasa menjadi penasihat kepada klien itu juga didefinisikan sebagai kaunseling. Hal ini bermaksud apabila seseorang individu yang diiktiraf mempunyai rasa hormat terhadap klien dan sepenuh masanya adalah membantu klien tersebut maka itu dikira sebagai kaunseling menurut BAC. Perasaan hormat kepada klien merupakan salah satu etika dalam kaunseling. Oleh itu, definisi oleh BAC ini juga boleh diguna pakai dalam menerangkan apakah sebenarnya kaunseling itu dan kandungan di dalamnya.
Selain itu, menurut American Personnel and Guidance(APGA) kaunseling juga didefinisikan sebagai penggunaan prosedur kaunselor dan tingkah laku sains yang berkaitan untuk membantu dalam mempelajari cara menyelesaikan masalah atau membuat keputusan berkaitan dengan kerjaya, perkembangan peribadi, perkahwinan, keluarga, atau lain-lain kerisauan interpersonal. Seorang kaunselor menggunakan prosedur-prosedur dalam kaunseling untuk membantu klien mereka, kerana setiap masalah yang dirujuk perlu diselesaikan tanpa ada masalah berbangkit di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment