Monday, November 9, 2009

Kecelaruan Tidur

>> Kecelaruan tidur boleh didefinisikan sbg btk gangguan tidur yg meliputi
-kesukaran utk masuk tidur
-sering bangun pada tengah mlm
-msuk tdur pd waktu tdk sesuai

>> Ramai manusia mengalami kecelaruan tidur dan mereka yg menderitainya jarang sekali berusaha utk mendapatkn pertolongan.

# KATEGORI KECELARUAN TIDUR

1) DYSSOMNIAS
- Insomnia
- Narcolepsy
- Sleep Apnea

2) PARASOMNIAS
- Night Terror
- Nightmare

*INSOMNIA*

~ Insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur/tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang aktif/bertenaga di siang hari.
~ Seringkali penderita terbangun lebih cepat dari yang diinginkannya dan tidak dapat kembali tidur.
~ Gangguan tidur insomnia merupakan gangguan yang belum serius jika anda alami kurang dari sepuluh hari.

~ Simptom Insomnia

a) Kesukaran utk tidur.

b) Terjaga di pertengahan malam.

c) Terjaga drp tidur pada waktu begitu awal.

d) Berasa gelisah.

~ 3 Jenis Insomnia:

a) Insomnia sementara - kesulitan tidur hanya bbrpa mlm.

b) Insomnia jangka pendek - 2@4 minggu mengalami kesulitan tidur.

*Kedua2 jns insomnia ini biasanya menyerang org yg sdg mengalami stress & sindrom Jet-lag.

c) Insomnia kronik - kesulitan tidur yang dialami hampir setiap malam selama sebulan @ lebih.


~ Cara mengatasi Insomnia

1. Sblm tidur, mandi dgn air panas & minum segelas air panas.
2. Jgn gunakan katil utk perkara-perkara lain kecuali tidur.
3. Selalu bersenam ttpi jgn buat sblm tidur.
4. Jgn memaksa diri utk tidur.
5. Hanya pergi tidur apabila sudah mengantuk.
6. Jgn hisap rokok, jauhi alkohol & kafein.
7. Tenangkan fikiran sebelum tidur; mendengar muzik @ membaca novel.


*NARCOLEPSY*

~ Merupakan gesaan yg kuat utk tidur.
~ Gesaan ini begitu kuat sehinggakan terdapat individu yg tidur ketika sedang berdiri @ bercakap.
~ Mereka terus mempunyai mslh ini terus ke peringkat tidur REM & tdk melalui proses2 sebelumnya.

~ Simptom Narcolepsy
a) terlebih tidur
b) mimpi yg amat
c) otot tiba2 menjadi lemah
d) tidur apabila rasa marah/gembira
e) lumpuh semasa tidur

~ Cara mengatasi Narcolepsy

1. Mengawal masa tidur.

2. Elakkan drp pekerjaan yg m’gunakan pemanduan bg perjalanan jauh.

3. Lelap sebentar.


*SLEEP APNEA*

~ Merupakan kecelaruan tidur di mana individu berhenti drp bernafas krn saluran pernafasan gagal terbuka @ krn proses otak yg terlibat dlm pernafasan gagal utk berfungsi dgn betul.
~ Org yg mengalami apnea mengalami kejutan drp tidur dgn tujuan agar mrk dpt bernafas dgn betul.
~ Pada siang hari mrk ini biasanya merasa mengantuk krn tdk dpt tidur lena di mlm hari akbt gangguan apnea.
~ Dengkuran ringan- dgn suara halus & berlangsung terus-menerus. Ini biasanya terjadi pd fasa awal tidur & umumnya merupakan tanda kepenatan.
~ Dengkuran keras- terputus-putus, serta diikuti hentakan nafas yg dlm. Patut berwaspada krn berisiko merosakkn organ-organ dalaman.

~ Simptom Sleep Apnea;-
a) Dengkuran yg kuat @ tdk normal.
b) Sering merasa mengantuk pd siang
hari.
c) Sering terjaga dr tidur pd waktu
mlm.
d) Tdk dpt bernafas semasa tidur secara
berulangan.
e) Rasa sakit kepala pd waktu pagi
f) Lemah dlm peringatan

~ 3 jenis Sleep Apnea;-)

a) Obstructive Apnea
- ia terjadi apb terdapat halangan yang amat
pada laluan udara dan kekurangan aliran udara
walaupun otot respirasi adalah aktif.

b) Central Apnea
- ia berlaku apb laluan udara masih terbuka
tetapi otot diafragma & dadah berhenti
bertugas.

c) Mixed Apnea
- berlaku apabila seseorang itu mendapat central
apnea & diikuti dgn obstructive apnea
jangka masa panjang.


~ Punca2 Sleep Apnea

Golongan dewasa :
1.obstructive sleep apnea syndrome (OSAS) atau gangguan nafas obstruktif ketika tidur.

2.Gejala-gejala khas OSAS -sering berganti posisi tidur, mimpi buruk, sering terbangun pd mlm hari dgn jantung berdebar. Saat bangun pagi, biasanya penderita merasa tdk cukup tidur & kurang segar. Selain itu, penderita juga bangun pagi dgn serba salah, mulut kering & sakit kepala.

Golongan kanak-kanak :
1. Disebabkan Sindrom Kematian Mengejut Bayi (SIDS)- bayi mengalami muntah & cirit-birit dua minggu sblm meninggal dunia akibat SIDS

2. Berkaitan dgn ketidakstabilan & ketidakmatangan pd bahagian otak (brain stem) utk meregulasi sistem kardiorespiratori.

3. Mengikut teori, bayi yg mempunyai pernafasan abnormal ketika tidur, seperti nafas yang terhenti-henti, lebih berisiko untuk mendapat SIDS. Faktor epidemiologi- kedudukan bayi ketika tidur sprt tidur tertiarap, bayi yg tidur di antara ibu bapa, yang dikelilingi bantal lembut, tidur di atas tilam atau kusyen lembut.

~ Cara mengatasi Sleep Apnea;-

1.Kurangkan berat badan.

2.Ikut masa tidur. Jgn terlampau tidur dari masa yg ditetapkan.

3.Sekiranya berlaku pd peringkat kanak-kanak -kaedah ‘crib monitoring’ & ‘sleeping position’

4.Jgn guna bantal lembut sbg penghadang di sekeliling katil @ tmpt tidur bayi.

5.Jgn guna alas tilam plastik krn ia boleh melekat ke muka bayi & menyebabkan bayi lemas.

6.Jgn penuhkan katil bayi dgn bantal, alat permainan lembut atau selimut tebal.
Jgn tutup muka bayi dgn selimut.

7. Apabila menggunakan cadar, pastikan ia dipasang tegang & tdk menggelember krn dikhuatiri boleh menutup muka bayi.


*NIGHT TERRORS*

~ Terjaga secara tiba-tiba dgn jeritan kuat & rasa takut yg amat sangat.
~ Semasa sleep terror, seseorang biasanya akan terjaga lalu duduk di atas katil dgn muka yg takut.
~ Slps jeritan yg amat kuat, seseorang itu akan cuba utk melarikan diri dr tmpt mereka tidur. Ia berlaku lebih kurang 15mt.
~ Mereka yg mengalami sleep terror sukar utk masuk tidur dlm masa yg singkat.
~ Sleep terror lebih kerap berlaku pada kanak2 berbanding org dewasa.

~ Punca2 Night Terror;-

1. Masalah kecelaruan personaliti.

2. Keletihan yg amat sangat.

3. Penagih dadah.

~ Cara mengatasi Night Terror;-

1. Jgn terlalu tertekan dgn mengingati peristiwa kehidupan lampau.

2. Beri galakan kpd mrka dgn kata-kata yg dpt memberanikan diri mereka.

3. Mendengar muzik yg menyenangkan hati sblm tidur.


*NIGHTMARE*

~ Merupakan mimpi yg menakutkan shgga membgnkan org yg bermimpi drp tidur REM.
~ Kandungan mimpi buruk terdiri drp adegan2 bhya spt dikejar binatang buas, dirompak, dibunuh @ dicampakkan ke dlm gaung.
~ Mimpi buruk adlh pglmn biasa.

~ Punca2 Nightmare;-

1. Selalu ditakuti oleh org lain.

2. Mengalami tekanan.

3. Pengaruh media massa.


~ Cara mengatasi Nightmare;-

1. Ibu bapa hendaklah pastikan mrk dpt pergi ke tempat anaknya apabila anaknya menangis pd
waktu mlm.

2. Tinggal bersama anak-anak sehingga mrk beristirehat & bersedia utk tidur.

3. Ibu bapa cuba mengelakkan anak-anak mrk drpd berlaku masalah ini.

4 comments:

slaveofAllah said...

jemput ziarah laman saya
mengenai narcolepsy =)

Ct.Fa said...

اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Hi,sy ada symptom seperti yang tersebut ...*NARCOLEPSY* kecuali boleh terlelap bila2 masa ... bila sy terlalu mengantuk ...sy masih boleh cari tmpat yang sesuai untuk tido ... pada waktu pg,petang n awal mlm sy perlu lelapkan mata sekurang2nya sejam ... walaupon tido pd pukul 8mlm dan bngun pd jam9 ... dlm pukul 12 mlm sy dah rasa terlalu mengantuk dan perlu masuk tidur ...

Unknown said...

Sekarang saya mengambil ubat Luvox dan Xanax kadang-kadang Stilnox melebihi 3 tahun. Adakah ia boleh memberi kesan tidak baik kepada organ-organ atau sistem badan saya? T ksh

Unknown said...

Sekarang saya mengambil ubat Luvox dan Xanax kadang-kadang Stilnox melebihi 3 tahun. Adakah ia boleh memberi kesan tidak baik kepada organ-organ atau sistem badan saya? T ksh