Monday, November 9, 2009

Sejarah Kaunseling

PENGENALAN

Kaunseling adalah satu profesion yang jelas dan nyata. Ia berkaitan dengan kebajikan, pembangunan, dan membantu orang yang kurang berfungsi. Ini adalah berdasarkan prinsip dan definisi yang berkembang pada awal hingga kini. Menurut Governing Council of the American Counseling Association (ACA), praktis profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan mental, psikologikal, dan prinsip pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi, strategi menyediakan kebajikan, pertumbuhan personal atau pembangunan dalam pekerjaan dan juga patologi. Esei ini membincangkan sejarah awal kaunseling dan faktor-faktor mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling supaya kita dapat lebih memahami tentang akar profesion kaunseling.

Antara 1800:

Pada tahun 1800, beberapa pergerakan pembaharuan berlaku serentak dan akhirnya mempengaruhi perkembangan profesion kaunseling. Pekerja sosial yang bekerja dengan orang miskin; doktor penyakit jiwa yang cuba mengesankan perubahan dalam rawatan sakit jiwa; pendidik ingin menggunakan cara mengajar yang lebih berperikemanusiaan (Dewey, 1956; Dykhuizen, 1973; Neukrug, 1994). Pelbagai pergerakan pembaharuan ini telah membentuk satu semangat di Amerika Syarikat dimana masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain dan menggunakan kaedah berperikemaunusiaan yang baru untuk individu yang memerlukan pertolongan.
Pada akhir abad ke-18, bermulanya pergerakan vokasional bimbingan dan akhirnya menubuhkan profesion kaunseling. Pada masa ini bermulanya Revolusi Industri, pergerakan pembaharuan kebajikan sosial, dan peningkatan imigresen di sekitar Bandar timur laut (Aubrey, 1984). Pada umumnya, kebanyakan pelopor dan pembaharu sosial telah melibatkan diri dalam vokasional bimbingan atau kebajikan kanak-kanak dengan mengajar pengetahuan moral dan menyelesaikan hubungan dalaman dan luaran individu kepada mereka (Nugent, 2000).

Pembentukan makmal sains di Eropah dan Amerika Syarikat T dalam menguji telah bertambah minat pada diri sendiri. Ujian kecerdikan Alfred Binet terbentuk pada tahun 1896 untuk membantu individu dan institusi dalam membuat keputusan. Sejumlah alatan penilaian kecerdikan telah digunakan dalam vokasional kaunseling dan ia adalah sebagai satu tanda permulaan profesion kaunseling (Williamson, 1964).

Psikoanalisis dan pembentukan psikoterapi adalah penting kepada penubuhan profesion kaunseling. Pada masa 1800, berlaku perubahan besar dalam perubatan. Individu mencabar fahaman bahawa mental jiwa adalah disebabkan oleh hantu atau organik dalam alam semulajadi. Kegunaan terapeutik hipnosis dijumpai dan, dengan itu, ramai individu meletakkan masalah emosi sebagai faktor psikologikal ketidaksedaran (Ehrenwald, 1976). Freud adalah orang pertama membentuk teori yang komplek itu untuk menerangkan masalah emosi. Beliau dan pelajarnya telah membuat id, ego, superego, bawah sedar dan perkembangan psikoseksual umum. Cara ‘psikologikal’ baru yang melihat dunia ini telah mempengaruhi kewujudan bidang psikologi.

Antara 1900:

Tahun ini telah membawa vokasional bimbingan yang sistematik, satu pendekatan yang menyeluruh kepada vokasional bimbingan. Jesse B. Davis (1871-1955) adalah orang pertama membentuk program bimbingan yang sistematik di sekolah awam (Aubrey, 1977; Brewer, 1942). Pada tahun 1907, di Grand Rapids, Michigan, Sekolah Sistem, beliau mencadangkan guru karangan bahasa Inggeris perlu mengajar kurikulum bimbingan supaya mencapai matlamat membina sikap baik dan elak membuat masalah. Dengan pengaruh daripada pendidik lain, Davis percaya bahawa bimbingan yang sempurna dapat merawati penyakit sosial Amerika Syarikat pada masa itu (Davis, 1914).

Frank Parson (1859-1908) yang dikenali sebagai ‘Bapa Bimbingan’ mempunyai pengaruh yang besar atas kaunseling kini (Ginter, 2002, p. 221) dan vokasional bimbingan di Amerika Syarikat (McDaniels & Watts, 1994). Beliau adalah orang yang luar biasa dan cerdik dalam vokasional bimbingan sistematik peringkat sekolah dan kebangsaan; beliau dapat nampak kepentingan kaunseling individu; dan berpendapat bahawa kerjasama dalam masyarakat adalah lebih penting daripada persaingan dan kasih sayang dapat menggantikan ketamakan (Jones, 1994). Beliau terkenal dengan menjumpai vokasional biro Boston pada 1908, satu langkah besar menginstitusikan vokasional bimbingan.

Clifford Beers (1876-1943) telah memasuki hospital sebab penyakit skizofrenia (Kiselica & Robinson, 2001). Beliau mendapati keadaan dalam institusi mental amat teruk dan dengan itu mendedahkannya dalam buku A Mind That Found Itself pada tahun 1909 dan menggunakannya sebagai platform untuk membina kemudahan kesihatan mental yang lebih baik dan membuat pembaharuan dalam rawatan penyakit mental. Tindakan beliau telah memberi dorongan atas pergerakan mental jiwa di Amerika Syarikat. Selepas Perang Dunia I, sesetengah psikologis menawarkan perkhidmatan kepada orang yang mempunyai masalah psikologikal akibat daripada perang dunia. Akhirnya, rawatan telah membawa perubahan kepada individu dan perluasan klinik kesihatan mental.




Antara 1910:
Dengan permulaan satu orientasi teoritikal dan pertubuhan perbadanan bangsa, Perbadanan Vokasional Bimbingan Kebangsaan (NVGA) telah ditubuhkan pada tahun 1913. Semasa Perang Dunia I, ‘kaunseling terkenal semasa tentera mula menggunakan ujian dan latihan penempatan sejumlah besar ahli tentera’ (Hollis, 2000, p. 45). Penilaian keupayaan telah digunakan atas asas large-scale kerana ujian ini telah digunakan atas tentera Alfa dan Beta untuk menentukan kecerdikan mereka. Ujian ini merevolusikan vokasional kaunseling dan dapat digunakan untuk menunjukkan emosi mereka yang mengganggu individu. Kejayaan large-scale ini telah berkembang dan bersesuaian dalam sekolah, perniagaan dan industri (Drummond, 1996). Dalam pertengahan abad ke-20, ujian untuk menimbang kognitif keupayaan, keminatan, kecerdikan, dan personaliti adalah umum kerana banyak daripada ujian ini dapat mencari cara dalam semua jenis latihan kaunseling. Ia menjadi pergerakan yang popular dan merupakan penubuhan awal pada asas kaunseling.

Antara 1920:

Teori pendidikan yang progresif dan kerajaan menggunakan perkhidmatan bimbingan dengan veteran telah mempenaruhi profesion kaunseling. Pembentukan pusat kaunseling perkahwinan dan keluarga yang pertama pada tahun 1929 dengan kesan peristiwa Abraham dan Hannah Stone.

Antara 1930:

Great Depression mempengaruhi pengkaji dan pengamal dalam universiti dan vokasional seting untuk menekankan strategi pertolongan dan kaedah kaunseling yang berkaitan dengan pekerjaan (Ohlsen, 1983). Teori kaunseling yang pertama dibentuk oleh E. G. Willimson (1900-1979) di Universiti Minnesota. Beliau mengubahsuaikan idea Parson dan menekankan pendekatan counselor-centered dalam Minnesota point of view dan trait-factor counseling. Pendekatan pragmatik beliau menekankan kemahiran pengajaran, penguasaan, pengaruh kaunselor (Williamson, 1939). Beliau berfikir bahawa tugas kaunselor adalah untuk memastikan kekurangan pengetahuan atau kemahiran yang ada pada klien dan kemudiannya menetapkan satu prosedur untuk membetulkan masalah tersebut. Pada tahun 1932, John Brewer mengumumkan setiap guru perlu meletakkan bimbingan sebagai satu subjek dalam kurikulum. Pada masa ini, kerajaan Amerika Syarikat juga lebih melibatkan diri dalam bimbingan dan kaunseling.

Antara 1940:

Pendekatan humanistik Carl Rogers (1902-1987) telah merevolusikan praktis kaunseling dengan cepat. Pendekatan humanistik, kepentingan klien, non-directive kepada individu dapat dilihat dalam tempoh-pendek, lebih berperikemanusiaan, lebih jujur, dan lebih berdikari terhadap klien. Pada awal tahun ini, penerbitan buku Kaunseling dan Psikologi memberi kesan major atas profesion kaunseling (Rogers, 1942). Rogers dan lain-lain dalam pembangunan humanistik kaunseling dan pendidikan telah memberi dorongan besar kepada kaunseling dengan berpindah dari satu orientasi vokasional bimbingan kepada satu yang lebih luas dasarnya. Pendekatan Rogers telah meningkatkan fokus pada kebebasan personal dan autonomi selepas Perang Dunia II (Aubrey, 1977) dan revolusi beliau mempunyai kesan besar atas bidang kaunseling dan psikologi.

Dengan kedatangan Perang Dunia II, kerajaan Amerika Syarikat memerlukan kaunselor dan psikologis untuk bantu dalam memilih dan melatih tentera dan industri (Ohlsen, 1983). Perang tersebut telah membawa satu pandangan baru terhadap lelaki dan wanita kerana wanita terpaksa bekerja semasa krisis perang dan sumbangan mereka terhadap pekerjaan adalah dalam keadaan baik di Amerika Syarikat. Peranan jantina dalam pekerjaan tradisional mula dipersoalkan dan kebebasan persona juga ditekankan.

Antara 1950:

Masa ini memberi kesan yang paling besar atas kaunselor. Pendekatan moralistik beralih kepada humanistik, orientasi non-directive. Peristiwa tersebut secara relatifnya telah mempengaruhi sejarah kaunseling. Perbadanan Keahlian dan Bimbingan Amerika Syarikat (APGA) terbentuk pada tahun 1952 dengan tujuan menyatukan mereka yang berminat dalam bimbingan, kaunseling, dan masalah diri. Ia adalah satu organisasi “berkenaan dengan pendidikan dan bimbingan vokasional serta aktiviti kakitangan lain” (Harold,1985, p.4). APGA adalah organisasi yang menarik berbanding dengan organisasi profesion lain kerana ia tidak menguatkuasakan taraf keahlian (Super, 1955).
Pembentukan Pembahagian Psikologi Kaunseling (Division 17) pada tahun 1952 adalah sebab ahli-ahli Perbadanan Psikologikal Amerika Syarikat (APA) lebih berminat berkhidmat dengan populasi ‘normal’ daripada perlunya psikologis klinikal (Whiteley, 1984). Super (1955) membezakan antara psikologi kaunseling dengan psikologi klinikal iaitu psikologi kaunseling adalah lebih berkait dengan pertumbuhan dan perkembangan normal manusia dan dipengaruhi oleh vokasional kaunseling dan psikoterapi humanistik.

Pada masa 1957, Soviet Union berjaya melancarkan satelit Sputnik I. Pelancaran daripada satelit Rusian telah mendorong kongres National Defense Education Act (NDEA) dalam tahun 1958. Tujuan tindakan ini adalah untuk mengidentitikan kebakatan pelajar dengan cara saintifik dan secara keilmuan untuk membaiki pembangunan mereka. Ia membekalkan model Title V-A untuk menaikkan pangkat program kaunseling agar dapat membentuk institusi kaunseling dan bimbingan untuk melatih kaunselor.

Pada tahun 1950, teori baru telah wujud dan difokuskan. Teori tingkah laku seperti Desensitasi Bersistem daripada Joseph Wolpe, teori kognitif seperti terapi rational-emotif daripada Albert Ellis dan analisis transactional daripada Eric Berne. Teori pembelajaran, konsep kendiri daripada Donald Super dalam pembangunan pekerjaan telah memberi kesan yang baik atas pembangunan psikologi (Aubrey, 1977). Pada akhir dekad, jumlah dan kompleksiti teori berkaitan dengan kaunseling telah bertumbuh baik.

Tambahan sekolah menengah kaunseling, kolej pusat kaunseling selalu bermula sebagai pusat pentadbiran asas vokasional kaunseling selepas Perang Dunia II (Nugent, 1994). Terdapat satu aliran masuk kaunselor dan psikologis ke dalam agensi komuniti pada masa 1950. Kaunselor bertambah kakitangan dalam pusat vokasional pemulihan, bekerja dengan kedua-dua fizikal dan psikologikal yang diperlukan oleh individu terutamanya mereka yang dicederakan dengan serius pada masa Perang Dunia I dan II.

Antara 1960:

Perang di Vietnam, pergerakan hak civil, dan pergerakan wanita telah memberi kesan atas pembangunan psikologi. Ramai veteran dan keluarga mereka dari trauma perang Vietnam bertambahnya populasi keperluan kaunseling kesihatan mental. Pada tahun ini juga bertambahnya penyalahgunaan bahan dan kesedaran awam dengan masalah pada semua tahap umur. Masalah ini telah menyebabkan terbentuknya Pusat Tindakan Komuniti Kesihatan Mental pada tahun 1963. Ia memberi peluang kepada kaunselor pekerjaan yang pendidikan seting luar. Selain itu, kaunseling perkahwinan dan keluarga juga wujud dalam pusat ini sebab kadar penceraian semakin meningkat (Hollis, 2000). Kewujudan teori kaunseling daripada Dugald Arbuckle, Abraham Maslow dan Sidney Jourard adalah penting (Gladding, 2003) kerana ia menekankan perubahan kaunseling dari bersemuka satu-pada-satu kepada interaksi dalam kumpulan kecil.

Antara 1970:

Perkembangan kaunseling luar institusi vokasional bermula dengan cepat dalam tahun 1970 apabila pusat kesihatan dan agensi komuniti bermula ambil kaunselor sebagai pekerja. Sebelum masa ini, kebanyakan kaunselor bekerja di seting vokasional, biasanya sekolah awam. Kepelbagaian dalam pebangunan kaunseling telah membentuk konsep kaunseling yang baru. Banyak program komuniti kaunseling telah ditubuhkan dan kaunseling menjadi lebih umum dalam klinik kesihatan mental, hospital, program bantuan pekerja, hospital penyakit jiwa, dan pusat penyalahgunaan bahan. Pada tahun 1976, Perbadanan Kaunseling Kesihatan Mental Amerika Syarikat (AMHCA) ditubuhkan dimana ia menyatukan kaunselor kesihatan mental dalam satu persatuan profesional. Perkembangan program kemahiran pertolongan yang dimulakan oleh Truax dan Carkhuff (1967) serta Ivey (1971) adalah untuk mengajar kemahiran asas kaunseling kepada profesional dan bukan profesional. Kaunselor dapat mengajar kemahiran mereka kepada guru dan paraprofesional. Dalam pertengahan tahun ini, pendidikan program kaunseling memerlukan mengambil peperiksaan lesen psikologi (Ohlsen, 1983). Dalam tahun 1973, Perbadanan Pendidik Kaunselor dan Penyelia (ACES) telah merumuskan taraf untuk ijazah sarjana dalam kaunseling.

Antara 1980:

Standardidasi latihan dan pengizahan bermula pada awal dekad ini dan bertumbuh dengan kuat dalam tahun ini. Pada tahun 1987, Council for Accreditation and Related Education Programs (CACREP) mendapat keanggotaan dalam Council on Postsecondary Accreditation (COPE). CACREP mengstandardikasikan program pendidikan kaunselor kepada program master dan ijazah kedoktoran dalam bidang sekolah, komuniti, kesihatan mental, perkahwinan, dan kaunseling keluarga atau perkhidmatan personal untuk pelajar kolej. National Board for Certified Counselors (NBCC) dibentuk pada tahun 1983, bermula mengesahkan kaunselor pada taraf kebangsaan. Pada tahun 1984, NBCC juga membentuk taraf untuk mengesahkan kaunselor pekerjaan, sebagai kesannya, ramai individu menjadi kaunselor pekerjaan kebangsaan (NCCCs) (Herr, 1985). Akhirnya, dalam penyatuan dengan CACREP, National Academy of Certified Clinical Mental Health Counselors (NACCMHC) terus menentukan taraf praktis dan mengesahkan kaunselor dalam kaunseling kesihatan mental (Seiler, Brooks, & Beck, 1987; Wilmarth, 1985). Salah satu perubahan dalam bidang kaunseling semasa 1980 adalah pertambahan fokus pada multi-budaya kaunseling (Claiborn, 1991). Multi-budaya kaunseling dimasukkan dalam kurikulum agar dapat berkerja dengan pelajar dari pelbagai latar belakang dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran kaunselor.

Evolusi dalam kaunseling dalam tahun ini adalah satu profesion bantuan yang jelas atas kesan isu, pergerakan dan peristiwa. Pada tahun 1983, APGA telah mengubah nama kepada Perbadanan Kaunseling dan Pembangunan Amerika Syarikat (AACD). Kaunseling menekankan pertumbuhan dan pembangunan manusia. Terdapat pembentukan 5 tahap kehidupan Erik Erikson (Hamachek, 1988), dan satu pembangunan orang dewasa dan orang tua akibat daripada pembentukan Perbadanan Dewasa dan Pembangunan (AAAD). Peningkatan perhatian terhadap isu jantina dan kecenderungan seksual. Kajian Carol Gilligan pada pembangunan nilai moral atas wanita yang dapat mengenalkan teori feminis ke dalam arena kaunseling. Penekanan pada pembangunan moral manusia daripada teori Lawrence Kohlberg (1969) adalah berkait rapat dengan keupayaan kognitif dan empati (Bowman & Reeves, 1987). Berkerja dengan golongan etnik dan kebudayaan yang berbeza adalah difokuskan dalam isu multi-budaya yang ditekankan oleh Perbadanan Multibudaya Kaunseling dan Pembangunan (AMCD).

Antara 1990:

Pada awal tahun 1990 telah berlakunya krisis kewangan dalam ACA dengan hampir tertutup dan dalam tahun 1992, kaunseling termasuk dalam statistik sumber manusia penjagaan kesihatan yang bersatu dengan Pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan (Manderscheid & Sonnenschein, 1992). Jenis ini meletakkan kaunseling pada kesihatan mental khusus seperti psikologi, kerja sosial, penyakit jiwa. Kemahiran multibudaya kaunseling yang ditulis oleh Sue, Arredondo, dan McDavis (1992) adalah digunakan untuk mengkaunseling dengan golongan minoriti dan ketidakupayaan. Tambahan lagi, kaunselor menjadi lebih sedar terhadap kepentingan faktor sosial kepada pembangunan dan keutamaan kecelaruan mental dan kesihatan.

Antara 2000:

Dalam abad ini, profesion kaunseling dikesan oleh globalisasi dan teknologi. Akan tetapi, masyarakat masih menghadapi masalah sosial. Kaunselor memasuki kerja mereka dalam banyak populasi yang berbeza dan menekankan bahawa pencegahan adalah baik sebelum intervensi dan membuat rawatan.

KESIMPULAN

Sejarah awal profesion kaunseling dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang peristiwa dan faktor mengakibatkan kebangkitan kaunseling. Kita mendapati walaupun profesion dalam bidang lain seperti penyakit jiwa adalah berbeza dengan kaunseling akan tetapi matlamat membantu orang lain masih sama matlamat yang dipegang pada setiap kaunselor.

RUJUKAN:

Brown, D. & Srebalus, D. J. (1996). Introduction to the Counseling Profession (2nd ed.). United States: Allyn & Bacon.
Hollis, J. W. (2000). Counselor Preparation, 1999-2001 (10th ed.). Philadelphia: Taylor &Francis.
Gibson, R. L. & Mitchell, M. R. (2003). Introduction to Counseling and Guidance. United States: Merrill Prentice Hall.
Gladding, S. T. (2004). Counseling: A Comprehensie Profession (5th ed.). United States: Pearson Prentice Hall.
Neukrug, ED. (1999). The World of the Counselor: An Introduction to the Counseling Profession. United States: International Thomson Publishing Inc.

4 comments:

Lumika Nailofar Ar-Rawi said...

mtk izin abk bahan dr sini sebagai rujukan assgment.

Detective 'Alimin (Al-Mujahidin) said...

Syukran atss pkongsian info kaunseling.. moga blog ini mjd 1 wasilah kpd hadaf yg utama. fikir2kan.. jzkk
permatakebenaran

ciK nAzyFaH said...

mintak artikel ni blh?nk msukkn dlm blog utk assignment

manhoyagami said...

mohon kongsi utk kperluan asigmen...