Monday, November 9, 2009

Elak 7 perkara selepas makan

1. Merokok

Jangan merokok selepas makan. Kajian pakar membuktikan bahawa menghisap sebatang rokok selepas makan menyamai menghisap 10 batang rokok. Justeru, risiko diserang kanser adalah lebih tinggi.


2. Makan buah

Jangan makan buah sejurus selepas makan. Ini menyebabkan perut anda kembung. Sebaliknya makanlah buah satu atau dua jam sebelum atau selepas makan.


3. Minum teh

Jangan minum teh sejurus selepas makan kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yg kita makan mengeras, lantas menyukarkan penghadaman.


4. Longgarkan seluar

Jangan longgarkan seluar/tali pinggang anda selepas makan. Tindakan sebegini akan menimbulkan masalah usus.


5. Mandi berendam

Jangan mandi berendam selepas makan. Mandi berendam akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan. Ini mengakibatkan jumlah darah di bahagian perut berkurangan lalu melemahkan sistem penghadaman.


6. Berjalan kaki

Jangan berjalan kaki sejurus selepas makanbiarpun anda pernah mendengar orang berkata bahawa berjalan kaki selepas makan boleh melanjutkan usia anda. Sebenarnya berjalan kaki sebaik selepas makan akan menyukarkan sistem penghadaman menyerap khasiat daripada makanan yang dimakan. Tunggulah sekurang-kurangnya sejam selepas makan. Kemudian berjalanlah jika anda mahu.


7. Tidur

Jangan sekali-kali tidur sejurus selepas makan kerana makanan yang masuk ke dalam perut akan sukar dihadam dengan sempurna. Tabiat suka tidur selepas makan akhirnya akan menyebabkan masalah usus. Tidur menjadi resah kerana dibuai dengan pelbagai mimpi dan bangun dalam keadaan yg sangat letih.

No comments: