Monday, November 9, 2009

HOTDOG >> Halal & perkataan yg meragukan

Hot Dog

Telah lama kita disuakan makanan yg dipanggil Hot Dog. Penggunaan istilah hot dog yg secara mudahnya bermaksud 'anjing panas' mempunyai kesan psikologi yg mengelirukan.

Hot dog mula diterima secara meluas oleh masyarakat kita sungguhpun ia berasal dari Barat yang pada asalnya diperbuat dari daging yang tidak halal. Masyarakat kita memakannya tanpa ragu kerana mereka mengetahui kandungannya bukan daripada daging anjing. Penjualnya pula ramai di kalangan Melayu-Islam. Hanya perkataan sahaja yg merujuk kepada benda haram tetapi kandungannya halal.

Penggunaan perkataan tersebut cukup mengundang seribu persoalan kepada pengguna sekiranya secara terang-terangan tercatat nama-nama ramuan tidak halal pada label produk sungguhpun telah disahkan halal secara rasmi.

Untuk mengelakkan kekeliruan dan keraguan terus berlaku, satu pendekatan murni telah diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan meminta pihak industri menukarkan perkataan-perkataan yg merujuk kepada benda-benda yg jelas haram kepada perkataan-perkataan lain yg menggambarkan kandungan sebenar bahan yg digunakan.

Tokoh ulama terkenal dunia, Dr. Yusof Al-Qaradhawi di dalam bukunya al-Halal wa al-Haram fil Islam dengan tegas mengharamkan sebarang bentuk penamaan haram kepada yg halal. Selaras dengan itu juga Majlis Ulama Indonesia dan Muzakarah Fatwa Kebangsaan 1987 membuat pendirian yg sama. Berdasarkan keputusan ini Malaysia dan Indonesia menolak mana-mana industri yg mengemukakan permohonan sijil halal yg terkandung nama-nama bahan haram sungguhpun pada hakikatnya ia halal.

No comments: